Isu makanan seimbang untuk pelajar sekolah di Malaysia pernah menjadi perbualan hangat, dan untuk itu satu garis panduan telah diwujudkan bagi menangani masalah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar.

Berdasarkan Garis Panduan Pemakanan Sihat Di Sekolah menerusi Kementerian Kesihatan, terdapat 70 jenis makanan termasuk nasi lemak yang dihadkan kekerapan jualannya kepada dua kali seminggu.

Garis panduan tersebut juga ada menyenaraikan 15 jenis makanan ‘tidak sihat’ yang dilarang dijual disemua kantin sekolah rendah dan menengah.

Makanan ini adalah seperti mi segera, makanan bersalut gula, gula-gula, coklat, aiskrim, makanan jeruk, makanan mengandungi pewarna dan perasa tiruan, minuman berkarbonat dan snek.

Masalah penyedian makanan seimbang untuk pelajar sekolah juga turut di hadapi oleh beberapa negara di dunia. Di Amerika Syarikat perdebatan dan inisiatif ke atas sekolah dalam membekal makanan tengah hari di seluruh Amerika Syarikat masih kekal dalam dialog awam selama ini.

Sweetgreen, sebuah rantaian restoran salad, yang menjalankan program Sweetgreen in Schools di Amerika Syarikat bertujuan mendidik anak-anak tentang makanan, kecergasan san kesihatan, telah mencipta siri foto untuk menunjukkan apa yang kanak-kanak di seluruh dunia makan untuk hidangan makan tengah hari – dan perbandingan antara hidangan yang disediakan di Amerika.

Jadi, kita juga boleh melihat perbandingan ini dengan penyediaan makanan di sekolah-sekolah di Malaysia.

Finland

Kacang, salad bit, salad lobak merah, roti dan pannakkau (buah pencuci mulut) dengan buah segar.

Itali

Ikan tempatan di atas arugula, pasta dengan sos tomato, salad caprese, baguette dan beberapa buah anggur.

Perancis

Steak, wortel, kacang hijau, keju dan buah segar.

Brazil

Daging dengan sayuran bercampur, kacang hitam dan nasi, salad, roti dan pisang bakar.

Korea Selatan

Sup ikan, nasi, kimchi dan sayuran segar.

Greece

Ayam bakar di atas orzo, daun anggur yang disumbat, tomato dan timun salad, oren segar, dan yogurt Yunani dengan buah delima.

Ukraine

Kentang lenyek dengan sosej, borscht, kubis dan syrniki (pancake pencuci mulut)

Sepanyol

Udang rebus di atas nasi dan sayur perang, gazpacho, lada segar, roti dan oren.

Amerika Syarikat

Ayam goreng ‘popcorn’, kentang putar, kacang, buah dan biskut coklat.

Jadi, adakah anda berpuas hati dengan hidangan yang ada di Malaysia? Mungkin gambar-gambar di atas boleh dijadikan panduan untuk anda masak sendiri di rumah dan boleh dibekalkan pada anak-anak anda untuk ke sekolah.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ini Lubuk Orang Pantai Timur Pekena Air Asam Perut

Sumber: boredpanda