9 Jenis McFlurry Seluruh Dunia
Tak dinafikan pencuci mulut dari McD iaitu McFlurry memang digemari ramai malah seluruh dunia menggemarinya sebab ia mempunyai banyak perisa mengikut negara masing-masing.
Disebabkan minggu ini McFlurry menjadi topik hangat di negara kita, jom kita tengok pelbagai jenis perisa aiskrim kegemaran ramai itu di seluruh dunia.
BACA: Durian McFlurry Tarik Diri, Jumpa Lagi Tahun Depan
1. Toblerone (Switzerland)
McFlurry digabungkan dengan coklat Toblerone memang menarik sangat. Ada rasa rangup, kenyal dan manis dari coklat itu.
2. Ovomaltine (Switzerland)
Bertuah rakyat Switzerland sebab ada banyak perisa McFlurry yang sedap-sedap macam Toblerone dan Ovomaltine.
3. Cadbury Creme Egg (UK)
Sementara itu, di United Kingdom (UK) pula, McD memperkenalkan perisa Cadbury Creme Egg untuk negara tersebut.
4. Bubble Gum Squash (Australia)
Bubble gum berwarna biru dicampurkan bersama marshmallow memang buat terliur lebih-lebih lagi bila cuaca panas terik.
5. Ballerina Pepparkaka (Sweden)
Gabungan biskut halia bersama aiskrim McFlurry membuatkan rakyat Sweden yang tak sabar nak menyambut perayaan Krismas kerana ia merupakan perisa edisi terhad.
6. Kranky (Mexico)
Tak pernah terfikir bijirin berperisa coklat seperti Kranky sedap dimakan bila digabungkan dengan McFlurry.
7. KitKat & Strawberry (Jepun)
Jika di Malaysia ada McFlurry KitKat, Jepun pula ada perisa KitKat dan strawberi. Ada rasa masam akan buat McFlurry tak terlalu manis.
8. D24 Durian (Malaysia)
Salah satu perisa McFlurry kegilaan rakyat Malaysia mestilah D4 Durian sebab rakyat kita memang suka makan durian. Harap tahun depan perisa ini akan kembali lagi.
9. Uji Matcha Azuki (Jepun)
Selain perisa perisa KitKat dan strawberi, McD Jepun juga ada menawarkan McFlurry perisa teh hijau bersama kacang merah. Sedapnya!
ARTIKEL BERKAITAN:
7 Menu McD Yang Tiada Di Malaysia
Kerana Sos, McD USA Diserbu Teruk
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Penangan Burger Nasi Lemak Di Singapore (ENG SUB)
- SUMBER
- FOODY