Putrajaya mengisytiharkan 9 Mei sebagai cuti umum khas bagi membolehkan rakyat mengundi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Memetik laporan Free Malaysia Today, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, ia menggunakan Akta Hari Kelepasan Am 1951 untuk menjadikan hari mengundi sebagai cuti kebangsaan “ad hoc”.

BACA: Demam PRU, Tudung Logo Parti Dapat Sambutan

“Ini bagi membolehkan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi,” menurut kenyataan itu.

Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan-Kerajaan Negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing, menurut kenyataan itu.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: BURGER PEDAS MALAIKAT MAUT