Ramai di antara kita yang gemar melancong ke Jepun. Ada yang melancong hingga dua kali dalam setahun. Mungkin musim di negara itu membuatkan ramai yang jatuh cinta dengan negara matahari terbit tersebut.

Jika anda ke sana, jangan lepaskan peluang untuk mencuba snek halal yang ada sementara masih bercuti di Jepun.

BACA: Lagu Jepun Nyanyian Nenek Comel Tarik Perhatian

Anda boleh dapatkan snek-snek halal yang kami senaraikan di bawah di kedai runcit berdekatan tempat anda lawati di sana.

Disclaimer: Bahan yang digunakan dalam makanan mungkin berubah, sila semak bahan sebelum beli.

1. Sandwich Strawberry

Sumber dari sliceofapplecake.wordpress.com

Kelembutan sandwich strawberi ini bakal membuatkan anda termimpi-mimpi jika dah cuba makan sekali. Bagi anda yang tak pernah ke Jepun, anda boleh dapatkan sandwich ini di kedai runcit Jepun, Family Mart yang sudah mempunyai beberapa cawangan di Malaysia.

2. Onigiri

Kalau dah sampai Jepun tapi tak cuba makan Onigiri umpama datang Malaysia tak cuba makan pisang goreng atau keropok lekor. Cuba salmon, tuna dan perisa yang halal dimakan pasti buatkan anda cepat kenyang.

3. Van Houten

Peminat minuman coklat pasti akan jatuh cinta dengan air minuman coklat keluaran Jepun ini. Berbaloi untuk dicuba.

4. Coklat Macadamia Meiji

Sumber dari australian-macadamias.org

Bagi ‘hantu’ coklat pula, jangan lupa beli stok coklat ini banyak-banyak sebelum balik ke Malaysia jika anda tak mahu menyesal.

5. Pudding

Sumber dari grapee.jp

Ramai yang beri cadangan pudding di sana sangat enak dan anda boleh pilih yang mana anda suka seperti pudding Glico, Morinaga atau Meiji.

6. Shu Cream

Sumber dari yuko-sensei.blogspot.my

Katanya roti ni macam roti Papa Beard dan anda boleh beli di Kombini jika berada di Jepun. Berbaloi kerana murah dan sedap.

7. Potato Chips

Sumber dari japanesesnackreviews.blogspot.my

Snek ini lebih enak dimakan jika anda pilih rich cut. Malah, snek ini juga mempunyai perisa lain seperti Premium Kokkaido atau Butter.

8. Aiskrim Meiji

Sumber dari imgur.com

Anda mesti tahu aiskrim Jepun semuanya sedap dan jangan lepaskan peluang untuk mencuba aiskrim jenama Meiji jika sempat!

9. Umai Bou

Sumber dari darkside55.blogspot.my

Snek ini berperisa jagung dan mempunyai pelbagai perisa yang menarik. Namun, anda perlu membaca bahan yang ditulis untuk kepastian.

Mencuba makanan di negara orang memang menyeronokkan, tetapi anda perlu berhati-hati dan membaca bahan yang digunakan untuk mengelakkan dari termakan makanan yang tidak halal atau berasa was-was.

ARTIKEL BERKAITAN:
Orang Malaysia Buat Hal Di Jepun Lagi!
Ini Rahsia Lelaki Jepun Hidup 105 Tahun
Jepun Perkenal Mandian Berperisa Makanan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

BURGER PEDAS MALAIKAT MAUT