9 Tan Sampah Bersepah Pada Malam Tahun Baharu, Bukti Rakyat Masih Di Takuk Lama
Setiap kali menjelang tahun baharu, ramai yang tidak akan ketinggalan untuk bersama-sama meraikan ambang tahun baru. Meskipun sudah menjelang tahun 2020, adakah rakyat Malaysia benar-benar sudah bersedia untuk meniti tahun lebih maju?
Nampaknya rakyat Malaysia masih di takuk sama lagi, mana tidaknya sebanyak 9 tan sampah bersepah-sepah ketika sambutan malam ambang tahun baharu. Melihatkan keadaan tersebut, tidak hairanlah rakyat kita masih berada di mentaliti kelas ketiga.
BACA: Tak Sampai 24 Jam Dibuka, Taman Tasik Titiwangsa Dicemari Sampah & Dirosakkan
Tular baru-baru ini foto yang dikongsikan oleh Alam Flora memaparkan gambar sampah sarap yang dibuang merata-rata oleh rakyat Malaysia. Difahamkan sampah itu dikutip di kawasan tumpuan ambang tahun baharu di Kuala Lumpur.
Jumlah sampah dikutip di kawasan tumpuan selepas ambang tahun baru di Kuala Lumpur:9 Tan (KLCC : 4 tan, Bukit Bintang…
Posted by Alam Flora on Rabu, 1 Januari 2020
Menerusi perkongsian itu lagi, tempoh 8 jam masa diambil untuk membersihkan kawasan-kawasan tersebut dan seramai 100 orang petugas dikerahkan untuk proses pembersihan.
Perkara itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyifatkan masih ramai lagi rakyat Malaysia mempunyai ‘mentaliti sampah’. Malah rata-rata netizen mengecam sikap tidak bertanggungjawab para pengunjung.
Baru saja bermula tahun 2020 sudah ada cerita yang tidak sedap didengar lebih-lebih lagi ianya melibatkan tempat tumpuan para pelancong. Sebagai rakyat Malaysia kita sepatutnya menunjukkan contoh baik supaya lebih ramai pelancong datang ke Malaysia kerana kebersihan negara kita.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram