95% Netizen Setuju Restoran Wajib Bebas Asap Rokok
Baru-baru ini Kementerian Sumber Manusia menggesa semua restoran di negara ini mengambil tukang masak tempatan untuk bekerja di restoran masing-masing mulai 1 Januari depan.
Menterinya, M Kula Segaran berkata, bagaimanapun semua pengusaha akan diberi tempoh hingga hujung tahun ini untuk memastikan hanya tukang masak tempatan sahaja bekerja di restoran mereka dan peraturan baharu itu akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2019.
Namun masih timbul perdebatan mengenainya, tak kurang juga yang tidak bersetuju dengan arahan ini terutamanya pengusaha restoran.
Dan terbaru terdapat satu tuntutan dari netizen yang boleh dianggap perlu dilaksanakan di semua Restoran seluruh Malaysia.
Ada desakan dari netizen supaya semua restoran dan kedai mamak bebas asap rokok
Sebuah akaun Facebbok yang dikenali sebagai Public Health Malaysia (PHM) telah membuat satu undian yang dibuat di laman Facebook rasmi mereka.
PHM berkata ada desakan dari netizen mengharapkan agar kerajaan mengharamkan rokok, vapes dan shisha di kedai mamak atau di restoran. Dan perkara ini telah diambil perhatian oleh PHM.
Publich Health Malaysia yang bergiat aktif sebagai sebuah platform dalam menyampaikan maklumat mengenai perkembangan dan isu berkaitan kesihatan awam serta fokus kepada pencegahan, perlindungan dan promosi kesihatan.
95% netizen setuju supaya restoran dan kedai mamak bebas asap rokok
Dalam satu undian yang dibuat menerusi aplikasi poll di Facebook bertarikh 23 Jun itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari netizen.
Sebanyak 7 ribu undian diperoleh dengan 95% darinya mengundi ‘Ya’ sebagai tanda setuju supaya kerajaan mengharamkan rokok di premis makanan terbuka.
Public Health Malaysia dalam pada itu berkata, hasil undian ini akan diteliti dan akan dibuat tindakkan selanjutnya. Mereka merupakan salah satu dari banyak lagi NGO yang terlibat secara aktif dalam kempen kesedaran kesihatan di Malaysia.
Menurut Public Health Malaysia, mereka bersama beberapa NGO yang lain dalam perancangan untuk mengumpul 100,000 tandatangan sebagai tanda sokongan dalam usaha yang dijalankan.
Sekiranya tuntutan ini mendapat sambutan, mereka akan membuat petisyen dan akan diserahkan kepada pihak kerajaan untuk tindakkan selanjutnya.
Rata-rata netizen menyambut baik usaha yang dibuat
Rata-rata netizen menyambut baik usaha yang dilakukan oleh PHM, namun mereka mengharapkan supaya penguatkuasaan yang lebih ketat dapat dilakukan.
Walaupun sudah banyak tempat diwartakan sebagai Zon Larangan Merokok namun penguatkuasaan yang lemah menyebabkan masih ramai perokok tidak mempedulikan larangan tersebut.
Terdapat juga cadangan supaya kempen-kempen bahaya rokok diperluaskan supaya dapat memberi kesedaran kepada perokok tentang bahaya rokok.
Senarai kawasan larangan merokok
Menurut PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU 2004 (P.U. (A) 324/2004) dan PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU (PINDAAN) 2008 (P.U. (A) 315/2008) telah disenaraikan kawasan larangan merokok:
Berdasarkan Senarai Kawasan Larangan Merokok yang diwartakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2004 dan 2008, Sesiapa yang didapati bersalah kerana melanggar peraturan ini boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti didenda sehingga RM10,000 atau dipenjara sehingga dua tahun.
Walaupun hukuman yang dikenakan boleh dianggap berat tapi masih tidak mendatangkan kesedaran pada perokok.
Kearah Malaysia bebas rokok
PHM berkata setelah tampuk kepimpinan kerajaan telah bertukar mereka berharap ada sinar baru kepada tuntutan yang dianggap penting kepada kesejahteraan kesihatan rakyat Malaysia ini.
Mereka serta NGO lain akan terus bergiat aktif dalam kempen-kempen yang berkaitan kesihatan rakyat Malaysia.
Pelbagai aktiviti sedang diatur dan akan dilajalankan oleh mereka dengan harapan mendapat sambutan dari rakyat Malaysia.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pecahkan Lengan Ketam Guna Hammer Thor?
Sumber: Public Health Malaysia