Topi Berharga RM1,200 Ini Boleh Merawat Sakit Kepala
Jika minggu lalu kami memuat naik artikel mengenai jubah ‘kalis sihir’ yang dihasilkan oleh jenama tempatan Sihulk, kali ini tentang satu lagi produk keluaran mereka iaitu topi yang diberi nama Brain Synchronization Cap.
Topi tersebut didakwa berkesan untuk mengatasi masalah stress, migrain, insomnia dan ekzema. Lebih mengejutkan topi tersebut dijual dengan harga yang tidak masuk akal iaitu RM1,200 untuk bukan ahli dan RM1,000 untuk ahli.
BACA: Jubah ‘Kalis Santau’ Ini Dijual Dengan Harga RM313
Menurut pengasas produk itu, Suhaini Mohammad, biarpun dijual pada harga yang mahal, topi itu sudah terjual lebih 100 unit.
“Topi ni untuk mereka yang mampu beli, jadi tidak timbul persoalan mengenai harga. Bukan setakat orang biasa, golongan seperti doktor, pensyarah dan peguam pun ada yang beli,” katanya kepada mStar Online.
Menerusi Facebook rasmi Sihulk, turut diberitahu topi tersebut bebas jampi serapah, bebas ayat ruqyah, bebas asap kemenyan dan bebas celupan air bunga.
Sebelum ini, posting baju dan topi tersebut di media sosial mendapat pelbagai reaksi dari netizen dan rara-rata mereka mengecam penjualan tersebut kerana seolah-olah menggunakan agama untuk menjual produk sedangkan jubah dan topi berkenaan bukannya diperbuat daripada bahan yang istimewa.
Namun, terdapat juga netizen yang mempertahankan penjualan produk itu dan beranggapan ia adalah satu ikhtiar dalam perubatan mistik.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma?
- SUMBER
- mStar