Dulu Berat 125 Kg, Lelaki Ini Dedah Tip Diet Berkesan
Bukan mudah untuk turunkan berat badan kerana memerlukan disiplin dan kekuatan untuk mendapatkan bentuk badan idaman. Macam-macam tip diet dah baca, tapi selepas itu semuanya hanya tinggal angan-angan sahaja.
Tapi sebenarnya anda tak perlu ikut tip yang orang lain kongsikan. Lebih baik jika anda lakukan mengikut kemampuan dan secara perlahan-lahan. Disebabkan anda terikut dengan tip diet orang lain, ianya akan menyebabkan niat anda itu terhenti di tengah jalan kerana anda tidak mampu untuk mengikuti cara tersebut.
BACA: Gadis Ini Dedah Rahsia Turun Berat Badan 32Kg
Coach Arif Sukri yang juga dikenali sebagai Ustaz Fitness ini kongsikan caranya untuk menurunkan berat badan secara berkesan. Paling penting, tip tersebut memang mudah sangat.
Tip Asas Obesiti Untuk Fit
Masa berat mencecah 125 kilogram dulu, saya tak buat diet ikut-ikutan. Fokus utamanya adalah biar ia ikut kemampuan dan mulakan ia secara berperingkat.
Apa yang saya buat:
1. Berjalan kaki 30 minit sehari
Tanpa melakukan aktiviti fizikal yang membebankan lutut. Kau faham saja. Badan dah besar gedabak gitu takkan nak paksa joging. Bahaya!
2. Masih makan nasi
Namun, perlahan-lahan kurangkan kuantitinya. Dari dua tiga pinggan kepada sepinggan. Hinggalah ikut sukatan sepatutnya.
3. Jangan ikut menu orang
Ini penting. Kau sendiri yang tahu apa yang kau suka dan tak suka. Makan saja dulu awal-awal ni, yang penting beringat.
4. Sentiasa maafkan diri sendiri
Sesekali terbabas waktu pagi, jangan muram dan kecewa sampai petang. Hari masih panjang. Tewas pagi, tengah hari masih ada lagi. On track semula!
5. Alat penimbang letak jauh-jauh
Awal-awal ini kau fokus nak boleh kawal makan dulu pun dah okey. Berat tu letak tepi dulu. Sudah disiplin baru fokus berat.
6. Ini kesilapan yang selalu orang buat
Yang silap dalam diet adalah bila kau potong semua benda yang pernah kau suka makan sebelum ini. Jangan buat begitu. Mulakan secara berperingkat.
7. Jangan ikut orang lain
Ada orang tu diet hari ini, esok tak buat. Lusa buat, tulat tak buat. Benda begini jadi sebab kita terlalu rasa sulit dalam diet. Biasanya sebab kau selalu ikut menu orang itu dan orang ini.
8. Sasar target terlebih dahulu
Tak perlu buat begitu pun. Setkan dulu minggu ini apa target yang kau nak capai? Lepas itu buat dan buat. Selagi tak berjaya jangan berhenti.
9. Selang-selikan juga dengan bersenam
Boleh cuba main besi, dumbell atau apa saja. Yang pasti ada pantauan jurulatih.
10. Pilih satu hari untuk ‘cheatday’
Terakhir pada hujung minggu buatlah satu hari namanya cheatday. Ini terpulang nak buat atau tak. Cuma saya pilih untuk buat sebagai reward hasil on track sebelum ini.
ARTIKEL BERKAITAN:
Lelaki Dedah Rahsia Turun Berat 50Kg Setahun
Wanita Kongsi Kisah Turun Berat Lebih 40Kg
Turun 67Kg Tak Sampai Setahun, Wanita Ini Kongsikan Tips Berkesan Untuk Kurus
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
- SUMBER
- mingguan wanita