Setiap kali hari raya memang sedap betul kalau dapat makan ketupat pulut. Tapi agak susah untuk mencari daun palas. Sebenarnya tanpa daun palas pun anda masih boleh buat ketupat pulut dengan menggunakan daun pandan.

Paling best, ketupat pulut yang dimasak dengan daun pandan sudah tentunya berbau wangi apabila ianya dimasak. Lebih menarik, resepi yang dikongsikan oleh Mieza Hasmiza ini memang mudah sangat kerana hanya menggunakan rice cooker sahaja.

BACA: Mudahnya Buat Nasi Impit Guna Plastik Aiskrim!

Bahan-bahan:

  • Beras pulut
  • Santan
  • Garam secukup rasa
  • Daun pandan

Cara membuatnya:

1. Rendamkan dulu beras pulut selama 1 jam.

2. Kemudian, sukatkan air santan dan beras biar sama banyak. Saya masak dalam rice cooker senang. Tunggu sampai agak-agak berasnya dah melekat dan anjal. Separuh masak pun tak apa sebab nanti kita akan kukuskan lagi.

3. Bila dah tutup suis rice cooker, cedokkan pulut yang dah hampir masak ke dalam talam atau pinggan. Kita nak biarkan pulutnya sejuk sedikit supaya mudah nak diisi dalam daun pandan nanti.

4. Bila pulut dah agak sejuk, bolehlah balut pulut tadi dengan daun pandan. Boleh tengok cara isikan pulut ke dalam kelongsongnya dalam gambar di bawah ini.

Boleh nampak yang akhir sekali tu saya ikat dengan tali rafia aja senang.

Tips 1: Jangan isi penuh sangat sebab nanti ia akan mengembang bila dah dikukus. Kita taknaklah isinya terkeluar pula daripada sarungnya.

Tips 2: Kalau nak daun tu tak patah masa nak membalut, ambil daun pandan sehari awal dan rendam dalam air supaya lembut dan mudah dibentuk

5. Bila dah siap balut, saya kukus lagi selama 15-20 minit. Kalau tak pasti takut tak masak, lepas 20 minit boleh cuba ambil sebiji dan rasa. Alhamdulillah saya cuba tengok, memang dah masak elok.

Ini hasilnya yang dah siap kukus, bolehlah dihidangkan dengan rendang, serunding atau kari kesukaan masing-masing.

Bukan saja mudah untuk membuatnya, malah hasilnya cukup menyelerakan. Lembut, wangi dan sangat sedap rasanya. Selamat mencuba!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?