Caj Klinik Swasta Naik 3 Kali Ganda Tahun Hadapan
Mungkin berita ini mengejutkan rata-rata rakyat Malaysia. Mulai tahun hadapan, caj lawatan ke klinik mahupun hospital swasta naik sehingga 3 kali ganda.
Memetik laporan Malaysia Kini, caj pengamal am antara RM10 dan RM35 akan dinaikkan kepada antara RM35 dan RM125.
BACA: Nak Cantik Punya Pasal, Buah Pinggang Terpaksa Dibuang
Kenaikan itu dipersetujui pada ‘Sesi Town Hall: Konsultasi Pihak Berkepentingan Bagi Cadangan Semakan Caj Pengamal Am’ yang berlangsung di Kementerian Kesihatan di Putrajaya, baru-baru ini.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata sudah tiba masanya penyemakan semula tuntutan kenaikan caj itu keran kali terakhir ia dilaksanakan pada 2006.
“Menteri Kesihatan kemudian akan menyerahkan cadangan semakan caj pengamal am itu ke Jabatan Peguam Negara dan, jika semuanya berjalan lancar, ia akan diserahkan kepada Kabinet untuk disahkan.
“Lagi rumit penyakit dihidapi seseorang itu, lebih tinggi caj konsultasi akan dikenakan. Harga siling bagi caj konsultasi adalah RM125,” katanya.
Dr Azman tidak menolak kemungkinan caj baharu konsultasi itu akan dilaksanakan pada awal tahun depan. Tambahnya lagi, kementerian juga telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai kumpulan berhubung perkara itu.
“Dan, hari ini, kami menghimpunkan semua pihak berkepentingan, bukan sahaja doktor yang mengusahakan klinik sendiri tetapi juga badan bukan kerajaan dan kumpulan pengguna. Ini untuk memastikan semakan caj pengamal am ini dilakukan secara adil,” katanya.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi 🔥🔥
- SUMBER
- MalaysiaKini