Amboi Manja Betul Cik Ah
Biasanya haiwan manja yang kita temui adalah kucing mahupun anjing dan kerana itu juga dua haiwan ini sering menjadi haiwan peliharaan dan teman kepada manusia. Namun berbeza dengan seekor lembu yang berada di utara Malaysia kerana sifatnya yang manja dengan tuannya.
BACA: Nama Jalan Rasis Teruk Di Shah Alam Jadi Perhatian
Diberi nama Cik Ah oleh tuannya, Faridah Lebai Abdullah, 61, lembu yang lahir pada November yang lalu sangat manja dan akrab dengan tuannya.
Menerusi gambar yang dirakamkan oleh menantunya, Mohd Zaidi Desa, jelas kelihatan lembu yang bakal dikorbankan pada Aidiladha tahun ini mempunyai hubungan yang rapat dengan ibunya.
Menurut anaknya, Norfarisa Saadin ketika dihubung Utusan Malaysia, hubungan kasih sayang itu timbul setelah dai dan ibunya melihat sendiri bagaimana Cik Ah dilahirkan pada tahun lalu.
“Cik Ah dilahirkan di depan mata kami sendiri dan memang seekor lembu yang manja. Kami menjaga Cik Ah di dalam kawasan rumah sahaja dan mengajarnya bermain seperti kucing dengan menyentuh lembut di bawah tengkuknya dan bagi lembu itu jilat tangan,” ujarnya lagi.
Selain Cik Ah terdapat sembilan ekor lembu lain milik Puan Faridah yang menjaganya sendiri setelah suaminya meninggal dunia pada tahun 2015.
Bersempena ibadah korban yang akan dijalankan pada Aidiladha tahun ini, ibunya turut berhasrat untuk menjadikan Cik Ah sebagai haiwan korban walaupun sayang kepada lembu tersebut.
“Walaupun sayangkan Cik Ah tetapi emak tetap berhasrat untuk korbankannya pada Hari Raya Aidiladha ini. Biasanya kalau upacara korban, emak takkan tengok, pegang apatah lagi makan daging lembu korban tersebut,” tambahnya lagi.
VIDEO: VR Park di Tokyo Berhantu?
- SUMBER
- UTUSAN Malaysia