Jika sebelum ini hidangan nasi lemak rendang yang disediakan oleh peserta Malaysia yang menyertai program pertandingan memasak MastercChef UK menjadi perhatian apabila juri mempertikai rendang ayam tersebut tidak rangup.

Kali ini, chef selebriti terkenal, Martha Stewart pula menjadi mangsa hentaman netizen apabila artikel tulisannya mengenai buah nangka namun diletakkan gambar durian pada artikel tersebut dengan tajuk berbunyi, “Here’s Exactly How To Use Jackfruit”.

BACA: Rendang Ayam Tak Rangup, Tersingkir MasterChef UK

 

Kekeliruan itu mencetuskan perdebatan di laman sosial dan rami yang tertanya-tanya bagaimana ia boleh terjadi kerana bukannya sesuatu yang sukar untuk mencari gambar nangka menerusi carian Google.

Netizen juga mempersoalkan jika artikel itu sememangnya tentang nangka atau sebenarnya berkenaan buah durian.

Setelah dikecam teruk oleh netizen, gambar berkenaan dipadamkan dan artikel tersebut dibiarkan tanpa penghias gambar.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱