Coca-Cola Kaji Untuk Hasilkan Minuman Perisa Ganja
Coca-Cola merupakan minuman berkarbonat popular dunia dan sudah 125 tahun syarikat itu ditubuhkan. Coke sentiasa cuba untuk menampilkan pembaharuan minuman mereka antaranya memperkenalkan minuman coke beralkohol dan paling terbaru ‘Coca-Cola Clear’.
Ini sesuatu yang mustahil untuk berlaku di Malaysia, tetapi kini dalam pertimbangan di Amerika Syarikat apabila syarikat pengeluar minuman terbesar itu mengumumkan sedang mengkaji untuk meneroka pasaran minuman dengan perasa ganja.
BACA: Coca-Cola Bakal Perkenal Minuman Alkohol Tak Lama Lagi
Memetik laporan Astro Awani, Coca-Cola kini dalam proses rundingan dengan Canada Aurora Cannabis Corp.
Coca-Cola dilaporkan sedang cuba mengatasi kemerosotan permintaan terhadap minumannya yang tinggi kandungan gula. Jadi mereka kini sedang meneroka kepelbagaian pasaran lain termasuk minuman berasaskan kopi dan kesihatan.
Berdasarkan inisiatif yang dibuat oleh Coca Cola, minuman berperisa ganja ini bakal membantu menghilangkan pengguna yang mengalami masalah keradangan dan kekejangan.
Canada antara negara yang membenarkan penggunaan ganja bagi tujuan rekreasi. Kedua-dua syarikat Coke dan Aurora dalam kenyataan berasingan mengesahkan kerjasama tersebut namun enggan memberi maklumat lanjut berhubung spekulasi pasaran.
ARTIKEL BERKAITAN:
Nak Sedut Pearl, Tapi Tersedut Anak Cicak
Ketagih Minum Coke 40 Tin Sehari
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Rahang Sangkut Makan Burger?
- SUMBER
- Astro Awani