Petang-petang kalau dapat jamah kuih-muih memang sedap betul. Antara yang menjadi kegemaran ramai sudah tentunya kuih karipap. Nak buat inti sedap memang mudah, tapi paling susah adalah untuk dapatkan kulit karipap yang rangup.

Dikongsikan oleh seorang penjual karipap, Eyda Fyda, ini cara untuk hasilkan kulit karipap yang rangup dan inti karipap yang sedap. Ujar Eyda lagi, diharap perkongsiannya itu boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan sama sepertinya.

BACA: Karipap Nasi Lemak Viral RM6 Sebiji Laku Habis

Bahan-bahan:

Kulit karipap rangup:

1kg tepung gandum
1 mangkuk/cawan kecil minyak masak
2 sudu majerin
Air bancuhan garam

Inti kentang:

Kentang yang dipotong dadu
Serbuk kari daging (saya suka guna rempah kari daging cap babas macam dalam gambar)
Cili kering dikisar bersama bawang besar, bawang putih dan udang kering
Air rebusan daging bersama daging yang telah direbus
Sedikit daun sup untuk bau yang sedap
Garam
Gula
Serbuk perasa (terpulang samada nak guna atau tidak)

Cara membuatnya:

Kulit karipap rangup:

1. Panaskan 1 cawan/mangkuk kecil minyak masak bersama 2 sudu majerin. Panaskan sehingga hilang bunyi berdesir.

2. Tuangkan minyak masak bersama majerin yang telah dipanaskan tadi ke dalam tepung. Gaul sebati sehingga menjadi seperti serbuk roti

4. Buat air bancuhan garam (garam agak-agak je ye). Tuangkan air bancuhan garam tadi sedikit demi sedikit.

5. Ulikan sehingga menjadi seperti dalam gambar. Doh yang telah siap diuli.

6. Rehatkan doh selama setengah jam dan bungkus di dalam plastik supaya tak kena angin. Doh yang telah direhatkan semakin lembut dan seakan berminyak

Inti kentang:

1. Tumiskan lada kering, bawang besar, bawang putih dan udang kering yang telah dikisar

2. Masukkan serbuk kari(saya suka guna kari babas) tumiskan sehingga garing dan naik bau. Masukkan air rebusan daging dan kacau rata.

3. Masukkan kentang yang telah didadu. Masukkan daging cincang yang telah direbus

4. Tambahkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula. Biarkan sehingga kentang menjadi empuk dan kering. Kena rajin kacau.

Inti yang telah siap & karipap

Karipap yang telah siap digoreng dan sedia untuk dimakan

Memang mudah betul nak buat. Jika anda berminat untuk berniaga, boleh la cuba resepi ini untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan. Selamat mencuba!

angan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Menangis Makan Spaghetti Masak Lemak Cili Padi Berapi 🔥🔥🔥