Malaysia Berkira-Kira Untuk Halalkan Ganja?
Pada 30 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang lelaki berusia 29 tahun kerana memiliki 3.1 liter minyak kanabis, 279 gram kanabit dimampatkan dan 1.4kg bahan mengandungi tetrahydrocan nabinol (THC).
Pada 9 Sept, peguam yang mewakili lelaki itu memaklumkan dia sekadar mahu membantu pesakit yang penyakitnya hanya boleh dirawat menggunakan THC, sejenis bahan aktif dalam kanabis, dan dia tiada niat sama sekali untuk mengedar atau ‘menjual’ kanabis itu.
BACA: Thailand Bakal Jadi Negara Asia Pertama Halalkan Ganja
Kes lelaki tersebut yang dijatuhi hukuman gantung ini telah mendapat liputan antarabangsa, sekaligus mendorong Malaysia untuk mengadakan perbincangan dan berkira-kira untuk menghalalkan penggunaan ganja dalam perubatan dan menjadi negara Asia yang pertama melakukannya.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Xavier Jayakumar berkata, kabinet kini sedang membincang tentang perkara tersebut dan mungkin akan menggubal semula undang-undang berkenaan penggunaan ganja dalam perubatan.
Katanya lagi, buat masa ini lebih tertumpu untuk membatalkan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap lelaki tersebut yang disabitkan memiliki, memproses dan mengedar minyak ganja.
Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan bahawa kerajaan patut mengkaji semula kes seorang lelaki yang dijatuhi hukuman mati kerana memiliki minyak kanabis untuk tujuan perubatan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
MISI 24 JAM DALAM KAWALAN ANDA!!! 🔥🔥🔥
- SUMBER
- Bloomberg