Bos Nasi Ayam Nafi Lempang Pekerja Depan Pelanggan
Kadang-kadang pelanggan akan terkejut dan tidak selesa jika melihat pemilik kedai makan tidak melayan pekerjanya dengan elok, apatah lagi bertindak menampar pekerja di depan pelanggan yang sedang menikmati makanan mereka.
Sebuah kedai makan di Melaka yang popular didakwa menampar pekerja mereka di depan pelanggan hanya kerana membuat kesalahan kecil yang tidak disengajakan semalam.
BACA: Anak Terlalu Kacak Punca Ibu Bapa Bercerai
Aku banned kedai Eeji Ban Chicken Rice Ball Melaka! Majikan lempang pekerja dia depan customer tanpa rasa bersalah! Fuck ah
— GG (@timlspbo) August 6, 2017
Kedai yang dimaksudkan ialah EeJiBan Chicken Rice Ball di Taman Melaka Raya, Melaka. Namun, pemilik kedai itu menafikannya dengan membalas mesej dari seorang lelaki dikenali sebagai Ashraf Roslan.
Pada mulanya, lelaki tersebut bertanya kepadanya untuk mengenalpasti kejadian sebenar tetapi pemilik kedai itu mempersoalkan kembali adakah dia betul-betul menampar pekerjanya itu seperti yang dikatakan.
Dia turut menjelaskan bahawa pekerjanya itu lelaki tempatan dan bukan pekerja asing seperti yang diperkatakan, malah telah menjaga pekerjanya itu selama 15 tahun kerana dia seorang kanak-kanak terbiar pada masa dahulu.
Seorang pelanggan meluahkan perasaan kesal melihat insiden itu memuatnaik gambar serta menceritakan insiden itu di laman sosial Twitter. Pelanggan tersebut dikenali sebagai @timlspbo mempersoalkan tindakan pemilik kedai itu.
Selepas pekerja itu ditampar, dia kelihatan menangis sambil mengemas meja. Punca pekerja itu ditampar adalah kerana baldi yang dibawanya terkena pelanggan mereka namun tiada sebarang aduan dibuat oleh pelanggan tersebut.
Selepas itu, pemilik kedai itu kelihatan sibuk menyambung kerjanya kembali seperti biasa. Pelanggan yang melihat insiden tadi mempertikaikan tindakan majikan tadi yang tidak sepatutnya dilakukan di khalayak ramai.
Terdapat beberapa pengguna laman sosial Twitter berkongsi pengalaman sama ketika makan di kedai tersebut. Ada yang mengatakan majikan itu melayan pekerjanya dengan kasar dan menengking mereka di hadapan pelanggan.
Bahkan, ada yang pernah melihat pemilik kedai itu juga pernah menjerit kepada seseorang ketika mereka pergi makan di sana.
Malah, salah seorang pengguna laman sosial turut memberitahu dia pernah melihat pekerja di kedai itu menghantar pesanan kepada pelanggan sambil menangis.
Diharap pemilik kedai tersebut dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan baik dan jika ia hanya gurauan antara majikan dengan pekerja, semoga mereka dapat bekerja dengan gembira dan tenang seperti biasa.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Mana Hilangnya Lubang Kuih Keria? #VitdailyGoCarMelaka
- SUMBER
- TWITTER TIMLSPBO