Lipas merupakan serangga yang paling ditakuti bagi sesetengah orang. Ada yang geli kerana rupanya, bau dan juga kerana ia boleh terbang secara tiba-tba. Seorang pelajar universiti di Taiwan menternak lipas dan berjaya mendapat pulangan ribuan ringgit setiap bulan.

BACA: Bergurau Tapi Guna Racun Lipas

Sumber dari chinapress.com.my

Seorang pelajar lelaki berusia 20-an dikenali sebagai Tong berasal dari Taiwan meraih keuntungan sebanyak 200,000 TWD atau RM28,300 pada setiap bulan dengan menjual lipas yang diternak olehnya, lapor China Press.

Idea untuk memulakan perniagaan ini muncul satu tahun setengah yang lalu apabila Tong membeli lipas untuk dijadikanan makanan kepada binatang peliharaannya.

Sumber dari chinapress.com.my

Dia menghadapi kesukaran membeli lipas untuk binatang peliharaannya jadi dia mengambil keputusan untuk menternak lipas itu sendiri seterusnya dapat menjimatkan dirinya daripada membeli lipas.

Selepas itu, lipas yang diternak olehnya membiak dengan pantas dan dia sudah memiliki 30,000 hingga 40,000 ekor lipas setelah enam bulan menternak serangga itu.

Gambar sekadar hiasan

Malah, dia juga bernasib baik mendapat pembeli yang ingin membeli kesemua lipas yang dibelanya. Pembeli lipas tersebut, Tse, merupakan seorang yang mahir dalam menternak lipas memutuskan ingin bekerjasama dengan Tong untuk menternak lipas.

Pada mulanya, Tong juga seperti orang lain yang takutkan lipas namun dia berjaya mengatasinya hingga dapat menjana pendapatan melalui perniagaannya itu.

Gambar sekadar hiasan

Walau bagaimanapun, dia menerima pelbagai pandangan apabila rakan-rakannya mengetahui apa yang dia lakukan untuk menampung kehidupannya.

Kini, Tong memiliki lebih 2.7 juta ekor lipas terdiri daripada pelbagai spesies. Dia juga memberi jaminan bahawa lipas yang diternak bersih dan tiada apa yang perlu ditakutkan.

Kita harus mencontohi semangat yang dimiliki Tong untuk berjaya. Dia berjaya mengatasi ketakutannya terhadap lipas dan menjadikan serangga itu sebagai punca pendapatannya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pedas Level Mati | Bandung Part 01