Kulit Wajah Rosak Teruk Minum Bubble Tea Setiap Hari
Jika anda penggemar minuman bubble tea, mungkin anda akan mula rasa risau untuk menikmati minuman kegemaran ramai itu selepas ini. CTS News melaporkan, seorang wanita Taiwan berusia 30-an kelihatan 20 tahun lebih tua dari usianya yang sebenar disebabkan oleh cara pemakanannya yang tidak sihat.
Doktor mendedahkan wanita tersebut mengambil minuman bubble tea setiap hari selama 20 tahun sejak zaman sekolah lagi. Laporan mengatakan, wanita itu juga selalu memesan bubble tea bersaiz 500ml dan akan meminta tambahan gula.
BACA: Ugut Bunuh Diri Sebab Suami Tak Belikan Bubble Tea
Bubble tea adalah minuman popular dari Taiwan, paling popular dengan perisa teh dan “mutiara” atau pearl yang diperbuat daripada tepung ubi kayu. Pasti anda tahu bahawa minuman bubble tea tinggi kandungan gula.
Doktor yang memeriksa kulit wajah wanita tersebut memberitahu tekstur kulitnya kasar, tona kulit tidak sekata, dan kedutan mendalam yang ketara dapat dilihat di wajahnya.
Doktor itu juga menjelaskan keadaan kulitnya yang teruk disebabkan oleh tabiat minum bubble tea yang telah menyebabkan glycation, dimana kulitnya kelihatan lebih tua. Wanita tersebut dilaporkan berusia 30-an tetapi kelihatan seperti berusia 50-an.
Untuk pengetahuan anda, glycation adalah tindak balas semula jadi yang dicetuskan apabila protein dalam kulit kita lemah selepas interaksi dengan gula.
Protein dalam kulit kita, seperti kolagen dan elastin, berfungsi untuk membuatkan kulit kita lebih muda. Namun apabila terjadinya glycation, ia akan melemahkan protein penting tersebut dan menyebabkan kulit berkedut dan hilang seri.
ARTIKEL BERKAITAN:
Coca-Cola Bakal Perkenal Minuman Alkohol Tak Lama Lagi
Ketagih Minum Coke 40 Tin Sehari
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Sarapan Pagi Sate Daging Batang Pinang?
- SUMBER
- Wanista