Boleh dikatakan dunia fesyen sekarang semakin pelik. Kononnya mahu menghasilkan sesuatu yang unik, tetapi dijual dengan harga yang tidak masuk dek akal.

Kasut yang dihasilkan oleh pereka fesyen Christopher Kane itu menjadi perhatian ramai apabila dipersembahkan di London Fashion Week 2017. Rekaan oleh Kane itu mempamerkan keunikan dengan menampilkan kasut tumit tinggi yang dihiasai dengan span cuci pinggan di atasnya.

BACA: Beg Gucci RM3,700 Ini Disamakan Dengan Bekas Ais

Mungkin tujuan rekaan kasut tersebut untuk menghilangkan rasa sakit yang dihadapi oleh wanita setiap kali menyarung kasut tumit tinggi. Kasut tersebut juga turut diletakkan span di bawah tali, mungkin untuk mengelakkan masalah kaki melecet.

Kasut unik itu dijual dengan dengan harga £800 (RM4,396) dan lebih mengejutkan kasut tersebut sudah habis terjual. Tren kasut dengan span cuci pinggan ini pertama kali dipersembahkan di pentas London Fashion Week.

Lepas ini anda boleh la hasilkan kasut span cuci pinggan anda sendiri dan tiada lagi masalah sakit kaki akibat memakai kasut tumit tinggi. Tapi pastikan anda gunakan span yang bersih dan tiada sisa makanan terlekat pada span tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:
Dikecam Kerana Guna Perkataan ‘Dara’
Panggilan Prank Dikecam, Hot FM Mohon Maaf

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Western Yang Tak Kedekut Bahan 😉