Kisah Sebenar Di Sebalik Gulai Lemak Pink
Kita biasa melihat gulai lemak berwarna putih ataupun kuning tetapi tidak berwarna pink atau merah jambu. Ia bukanlah gulai lemak dicampur air bandung seperti yang anda fikirkan, tetapi ia adalah gulai lemak yang sebenar bertukar warna menjadi warna pink.
BACA: Jual Lauk Serendah RM1 Sesenduk
Seorang peniaga muda dikenali sebagai Yus Amina Mohd Zawizah, 27 tahun, menerangkan bahawa gulai lemak pink dijualnya itu berpunca dari campuran sayur bayam dengan ubi keledek.
“Air masakan sayur bayam sebenarnya berwarna merah. Warna merah jambu itu terhasil bila lemak santan yang berwarna putih dicampurkan dengan air merah sayur bayam,” ujarnya kepada pihak mStar.
Dia yang juga dikenali sebagai Afina memberitahu gerainya mendapat perhatian orang ramai kerana berwarna pink termasuklah pinggan dan sudu yang disediakan untuk pelanggan di medan selera Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Sebelum ini, kisah diri dan anaknya memiliki baju kurung sedondon bertemakan Hello Kitty pada sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu tular di laman sosial memberinya idea untuk membuka kedai makan bertemakan watak kartun tersebut.
“Selama ini orang asyik tanya nak beli baju Hello Kitty sampai saya pun dipanggil kakak Hello Kitty ke mana-mana saya pergi,” katanya yang baru sahaja mula berniaga sejak dua minggu lepas.
“Jadi saya alihkan tumpuan mereka dengan membuka gerai Hello Kitty. Tak perlu tanya pasal baju lagi, tapi kalau mereka nak rasa makanan Hello Kitty, mereka boleh datang ke gerai,” tambahnya sambil memberitahu dia membuka gerai dari 6 pagi sehingga 2 petang setiap Isnin hingga Jumaat.
Menurutnya, menu yang disediakan semuanya berasaskan warna pink seperti nasi lemak pink untuk sarapan pagi, nasi berlauk ayam goreng kunyit bersama gulai lemak pink untuk tengahari dan roti jala berwarna pink turut dijual di gerai miliknya.
“Semua menu dijual pada harga berpatutan, dan pelanggan akan diberikan air percuma, iaitu air teh ‘o’ untuk set sarapan pagi dan air Hello Kitty (air strawberi) bagi set makanan tengah hari,” ujarnya sebelum mengakhiri perbualan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Apa Nama Aiskrim Rasa Lemon Tu & Kek Wajib Cuba?
- SUMBER
- MSTAR