Menteri Jamin Air Paip Selamat Diminum Terus
Menteri Air, Tanah, dan Sumber Asli, Dr Xavier Jeyakumar hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa semua air paip seluruh Malaysia yang telah diproses oleh loji rawatan air selamat untuk diminum terus.
Menurutnya lagi, jika air tersebut mempunyai masalah maka ia berpunca dari pihak tempatan dan bukan dari loji rawatan air.
BACA: Ini Maksud Sebenar Warna Penutup Botol Air
“Memang air yang dikeluar dari paip boleh diminum di seluruh Malaysia, tak ada masalah. Kalau ada masalah, itu masalah tempatan, bukan loji.
“(Air) yang keluar dari loji-loji di seluruh negara, 100 peratus boleh minum,” katanya kepada Dewan Rakyat hari ini.
Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) turut menyoal sama ada beliau minum terus air dari paip. Xavier berkata, beliau juga minum terus dari paip.
“Memang saya minum terus air dari paip,” katanya.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱
- SUMBER
- Free Malaysian Today