Kek Oreo Kukus Viral, Bajet Tak Sampai RM10
Setiap kali hujung minggu, pasti ramai di antara anda yang tercari-cari juadah pemanis mulut untuk dinikmati bersama keluarga. Kalau anda sukakan kek, boleh la cuba resepi kek Oreo bajet ini.
Paling penting harga untuk membuat kek ini tak sampai RM10. Tak ada ketuhar di rumah? Jangan risau resepi ini anda boleh menggunakan teknik kukus sahaja. Lepas ni kalau tiba-tiba mengidam nak makan kek, boleh buat sendiri je dan tak perlu keluar duit sehingga berpuluh ringgit untuk beli di kedai.
BACA: Kek Cawan Parti Politik Jadi Rebutan Ramai
Hanya guna 2 bahan sahaja
1. Dua paket Oreo panjang
2. Sekotak susu coklat saiz kecil
Cara membuatnya:
1. Masukkan susu bersama oreo didalam pengisar. Pastikan pengisar adna bebas dari bau bawang dan lada.
2. Kisar sehingga hancur. Seperti di dalam gambar
3. Isi adunan dalam bekas apa-apa pun, dan kukus. Kalau nak tahu masak ke belum, cucuk guna garfu. Kalau masih ada adunan yang melekat pada garfu, bermakna kek oreo anda belum masak. Kukus lagi.
3. Ini selepas siap kukus, nampak moist. Biarkan kek sejuk terlebih dahulu.
4. Akhir sekali boleh tuang topping apa-apa pun, tak letak topping pun tak apa. Sedap!
5. Dah siap kek oreo dua bahan, yang topping tu saya double boil chocolate.
Selamat mencuba!
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- Facebook Hana Ramli