Minuman Bergula Dikenakan Cukai Mulai 1 April 2019
Terdahulu, kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengenakan cukai soda terhadap minuman ringan. Menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, langkah itu adalah untuk mengurangkan penggunaan gula dan sekali gus mencegah penyakit kencing manis di negara ini.
Susulan itu, dalam Belanjawan 2019 Jumaat lalu, kerajaan bakal memperkenalkan cukai eksais pada kadar 40 sen per liter untuk minuman bergula mulai 1 April tahun depan.
BACA: Ramai Hidap Kencing Manis, Minuman Soda Mungkin Dikenakan Cukai
Memetik laporan ProjekMM, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, cukai itu dikenakan terhadap dua kategori minuman itu yang dikilangkan dalam bentuk pembungkusan sedia minum.
“Air minuman yang mengandungi gula tambahan atau bahan pemanis lain yang mengandungi gula melebihi lima gram per 100 mililiter.
“Jus buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi gula melebihi 12 gram per 100 mililiter,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata kajian Kementerian Kesihatan mendapati hampir satu daripada dua rakyat Malaysia mengalami berat badan berlebihan.
Dalam laporan terdahulu, Tun M berkata jumlah penghidap kencing manis di Malaysia sangat tinggi. Kajian mendapati kadar penyakit diabetes yang begitu tinggi di negara ini adalah disebabkan pengambilan gula yang melebihi had dibenarkan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱
- SUMBER
- The Malay Mail Online