Terengganu: Henti Niaga 15 Minit Untuk Solat Maghrib
Mulai tahun hadapan, operasi medan selera dan pasar malam di Terengganu akan dihentikan selama 15 minit untuk menunaikan solat Maghrib secara berperingkat. Kempen berhenti rehat 15 minit itu ketika ini hanya dilaksanakan di Medan Selera Jerteh dan Besut.
Bagaimanapun, menurut Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Terengganu, Mohd Nurkhuzaini A Rahman, cadangan itu akan dilaksanakan selepas medan selera atau pasar malam di lokasi tersebut mempunyai kemudahan lengkap seperti surau, tandas dan tempat mengambil wuduk.
BACA: Pasangan Lesbian Disebat Di Terengganu, 100 Orang Jadi Saksi
“Ini memerlukan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) untuk melengkapkan kemudahan itu di lokasi tersebut. Setakat ini, medan selera di Jerteh dekat Besut telahpun melaksanakan kempen itu bermula 15 Syawal lalu.
Mohd Nurkhuzaini berkata, kempen yang melibatkan 17 peniaga di medan selera Jerteh itu, mereka akan menutup kedai selaama 15 minit sebelum azan Maghrib dan kembali beroperasi selepas menunaikan solat 10 minit kemudian.
“Peniaga hanya perlu menutup kedai mereka selama 15 minit sahaja dan maklum balas daripada peniaga medan selera itu adalah positif dan pelanggan juga memahami dan menghormati waktu solat tersebut,” katanya kepada Astro Awani.
Dalam pada itu, beliau memberitahu usaha yang dilakukan itu bukan untuk membebankan, sebaliknya ingin memastikan peniaga dan pelanggan Islam dapat menunaikan kewajipan solat dengan sebaiknya.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- Astro Awani