“Pengapit Tak Guna, Baik Jadi Lembu”
Sekarang seperti sudah menjadi trend atau kemestian setiap kali majlis perkahwinan, pengantin perempuan akan mempunyai barisan pengapit atau bridesmaids untuk memeriahkan lagi majlis. Bak kata orang, pengantin akan dilihat seperti seorang puteri yang diapit oleh dayang-dayangnya.
Berbeza dengan zaman dahulu, hanya seorang pengapit sahaja yang diperlukan dan beberapa orang lagi diperlukan untuk membawa dulang hantaran. Namun di sebalik menjadi penyeri majlis, seorang jurusolek perkahwinan, Intan Kaharuddin berkongsikan cerita tentang sikap tidak menyenangkan segelintir pengapit di sebuah majlis perkahwinan tahun lalu.
BACA: Sebak Tonton Pengantin Menangis Depan Mak Ayah
Menerusi Twitter, Intan berceritakan sikap pengapit yang tidak berguna langsung dan datang lambat ke majlis sedangkan tugas mereka adalah membantu pengantin. Lebih mengecewakan pengapit hanya membiarkan pengantin terkial-kial cari mahkota tanpa bantuan pada hari bahagianya semata-mata kerana mereka ingin keluar bersarapan.
Intan turut memberi nasihat kepada bakal pengantin untuk pastikan pengapit bukan hanya untuk mencantikkan gambar sahaja, tetapi kawan yang betul-betul berguna untuk membantu.
Perkongsiannya itu menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen di mana ada yang mengatakan pengapit bukannya orang gaji. Bagaimanapun, memetik mStar Online, Intan menjelaskan tugas pengapit cukup sekadar untuk memudahkan pengantin dan bukannya perlu bekerja seperti orang gaji.
“Banyak benda yang pengapit boleh tolong. Contohnya, jagakan telefon bimbit pengantin atau ambilkan barang sedikit-sedikit ke… benda-benda macam itulah yang boleh mereka lakukan.
“Bukan tinggalkan pengantin seorang diri tanpa bantuan. Saya sendiri terkejut bila pengapit cakap mereka nak keluar bersarapan dan siap cakap nak jumpa pengantin terus di dewan sahaja nanti.
“Bukan seorang sahaja, tapi semua pengapit hilang. Saya pula yang kena tenangkan pengantin kerana dia tidak dapat kawal perasaan,” ujarnya.
Ujarnya lagi, pengantin juga harus tahu batas mereka jika ingin meminta pertolongan pengapit, manakala pihak pengapit pula perlu bersedia membantu ketika diperlukan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- mStar