Jika anda penggemar coklat, mungkin anda perlu lebih berhati-hati dengan coklat yang dijual di pasaran lebih-lebih lagi tentang kandungan atau ramuan di dalam coklat tersebut yang mungkin tidak selamat untuk pengguna Muslim.

Baru-baru ini, Facebook Halal Japan mendedahkan bahawa 26 produk KitKat dari Jepun tidak selamat dimakan untuk pengguna beragama Islam.

BACA: KitKat Perisa ‘Teh Tarik’ Kini Boleh Didapati Di Malaysia

Menurut laman berkenaan, pihak mereka telah menghubungi Nestle Jepun berhubung perkara berkenaan dan dimaklumkan produk tersebut mengandungi bahan berasaskan babi dan lembu.

 

“Selepas kami menghubungi Nestle Jepun mengenai produk KitKat, mereka memberitahu bahawa KitKat mengandungi bahan yang tidak selamat untuk pengguna muslim (ramuan berasaskan lembu & babi).

“Produk KitKat yang tidak mengandungi bahan tersebut bercampur bersam semasa proses penghasilannya. Kesimpulannya, produk Nestle KitKat Jepun tidak selamat bagi muslim”

Senarai 26 produk KitKat yang tidak selamat untuk pengguna Muslim

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?