Ramadan datang lagi dan seperti biasa, bulan ini sememangnya sangat dinantikan pencinta makanan. Namun setiap tahun pasti akan ada kes keracunan makanan. Demi mengelakkan perkara yang sama menimpa anda, kami kongsikan beberapa tips ini.

Perhati

Sebelum membeli, perhati gerai yang bersih, pengendali makanan yang bersih dan makanan tidak terdedah. Ini bagi mengelakkan berlaku keracunan makanan sekiranya membeli makanan dari gerai yang kotor.

Pilih

Pastikan pengendali makanan memakai apron dan penutup kepala yang bersih, menggunakan penyepit makana, tidak merokok, bersin atau meludah (kembang tekak mahu beli di gerai makanan sebegini). Pilih sebaiknya gerai yang bersih dan menghidangkan makanan yang baru dimasak atau masih panas.

Sementara itu, jika anda ingin dapatkan ais, pastikan ais tersebut sudah siap dibungkus dan berlabel. Ini kerana ais yang telah siap dibungkus dan berlabel pada umumnya telah dilesenkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan mematuhi kehendak dari aspek kebersihan dan keselamatan makanan.

Di Rumah

Lihat, Hidu & Rasa

Bukan saja boleh diamalkan ketika beli makanan di gerai, langkah ini juga perlu bagi mencegah kita dari memakan makanan yang telah rosak dan dicemari bakteria bahaya. Jika bahan makanan sudah tercemar dan megneluarkan bau semacam, buang terus.

Sahur

Makanan yang dibeli untuk bersahur perlu disimpan di dalam peti sejuk dan dipanaskan semula dengan sempurna sebelum dimakan. Tahukah anda, dalam masa 2 hingga 4 jam sahaja, bakteria boleh mencapai ratusan ribu ekor jika tidak simpan di dalam peti sejuk.

Sesungguhnya perkongsian ini sangat bermakna jika dikongsi bersama. Siapa pernah terkena keracunan makanan pastinya tidak mahu perkara yang sama berulang kembali. Cegahlah sebaik mungkin demi menyambut Aidilfitri dengan gemilang.