Bomba sering dikaitkan dengan tugas menyelamat dan memiliki perwatakan serius ketika bekerja.Berbeza dengan anggota bomba yang lain, seorang anggota bomba ini mahir dalam membuat puding karamel sehingga mendapat tempahan yang banyak kerana kesedapan puding karamel itu.

BACA: Aksi Cemas Bomba Selamatkan Kucing

Sumber dari facebook.com

Mohd Khairul Fais Ariffin, 29 tahun, seorang anggota bomba di BBP Putrajaya semakin dikenali dengan nama ‘Puding karamel abang bomba’ oleh pelanggannya yang meminati hidangan pencuci mulut enak itu.

Sumber dari facebook.com

Menurutnya, dia mula menjual puding karamel secara kecil-kecilan di sekitar Putrajaya dan Cyberjaya sejak awal tahun lepas namun dia tidak pernah lupa akan tanggungjawab utamanya sebagai anggota bomba.

Sumber dari facebook.com

Khairul menggunakan resepi arwah ibunya, Saripah Mamat, untuk membuat puding karamel tersebut kerana gemar memakan hidangan itu sejak dari dulu.

Sumber dari facebook.com

“Saya amat suka puding karamel arwah ibu. Jadi, setiap kali arwah ibu buat puding ini, saya lihat dengan teliti sebelum cuba buat sendiri,” ujarnya.

Sumber dari facebook.com

“Pada mulanya, ramai tidak percaya saya mampu buat puding karamel dan mengkomersialkannya, malah ada juga beranggapan puding itu dihasilkan isteri sedangkan dia berada di Kelantan,” jelasnya.

Sumber dari facebook.com

“Sebelum ini buat secara suka-suka, tapi sekarang saya ambil keputusan untuk lebih serius. Bagaimanapun, tugas hakiki sebagai anggota bomba tidak pernah diabaikan,” katanya sambil memberitahu kini dia menerima tempahan lebih dari 200 tempahan sejak kisahnya tular di laman sosial.

Sumber dari facebook.com

“Memandangkan saya bekerja syif, saya hanya buat puding pada hari cuti dan rata-rata pelanggan faham waktu kerja saya,” tambahnya lagi.

Dia turut menjelaskan kepada pelanggannya mengenai kerjanya dan rata-rata memahami kerjayanya serta menempah sehari awal daripada tarikh yang mereka inginkan.

“Alhamdulillah, walaupun berjauhan daripada ahli keluarga, namun mereka banyak memberi semangat dan menyokong perniagaan saya terutama isteri,” katanya.

“Sekiranya menerima banyak tempahan, saya meminta dua rakan lain yang juga anggota bomba untuk membantu,” sambungnya sambil menyatakan dia juga ada meletakkan puding karamel di Kiosk D’Harmoni berdekatan Pangsapuri Putra Harmoni, Presint 9, Putrajaya.

Anda boleh menempah puding karamel di akaun laman sosial miliknya iaitu Karamel Abang Bomba jika berminat. Semoga anak tempatan semakin bersemangat untuk berniaga di usia muda sepertinya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Selamba Dia Letak NUTELLA Banyak Banyak