Ini Baru Malaysia, Pengapit Bertudung Sertai Perkahwinan Di Gereja
Malaysia terkenal dengan rakyatnya yang hidup harmoni dengan pelbagai agama, budaya, bangsa dan adat. Baru-baru ini tular di media sosial foto perkahwinan pasangan beragama Kristian di Sarawak.
Apa yang menariknya ialah majlis perkahwinan yang diadakan di gereja itu turut sertai oleh enam gadis pengapit beragama Islam. Konsep perpaduan dalam majlis perkahwinan yang diadakan di St. Joseph Cathedral, Kuching itu menjadi perhatian netizen yang menyifatkan inilah ‘Malaysia sebenar’.
BACA: Kek Kahwin Indomie Kini Jadi Pilihan Pengantin
Jurufoto perkahwinan, Ariffin Husain yang ditugaskan untuk mengambil gambar momen indah pasangan Sylvester Voon dan Esther Joseph Kim itu menyifatkan majlis perkahwinan tersebut adalah yang paling unik pada 2018.
“Kamu tidak melihat perkara sebegini setiap hari. Perkahwinan di gereja, tetapi pengapit beragama Islam.
“Berhijab lagi… memang sangat rare. Ini yang kita panggil 1Malaysia. Walaupun berbeza agama dan bangsa. Ia tidak menghalang sahabat baik untuk meraikan hari bahagia kawan mereka.
Dalam majlis itu, Kim menampilkan enam orang pengapit beragama Islam yang memakai baju kurung berona merah gelap dan tudung merah jambu.
.
Menurut Ariffin, Kim sememangnya berasal dari Sarawak manakala kebanyakan pengapit tersebut berasal dari semenanjung.
Ariffin yang sudah berkecimpung dalam bidang itu sejak enam tahun lalu menyifatkan perkahwinan tersebut sangat istimewa untuknya.
“Saya harap dengan pelbagai ketengangan kaum kebelakangan ini, kita belajar untuk meletakkan perbezaan kita dan selami satu sama lain, hidup dengan harmoni,” katanya.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?
- SUMBER
- mStar