Mulai 2019, Hilang Pasport Denda Sehingga RM1,200
Siapa yang sering ke luar negara, sila ambil perhatian tentang perkara ini. Sebelum ini, mereka yang kehilangan pasport tidak dikenakan sebarang penalti, namun berkuat kuasa 2 Januari 2019, pemilik yang kehilangan pasport akan dikenakan dendan RM300 hingga RM1,200 untuk menggantikan dokumen perjalanan itu.
Memetik laporan BH Online, perintah denda itu turut tertakluk kerosakan pada dokumen berkenaan seperti yang terkandung dalam Warta Kerajaan Persekutuan berhubung Perintah Fi (Pasport dan Visa) (Pindaan) 2019.
BACA: Pasport Berwajah Baru Dengan Harga Lama
Individu yang kehilangan dokumen tersebut buat pertama kali akan dikenakan denda sebanyak RM400 kecuali kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan pelajar berusia 21 tahun yang belajar di luar negara.
Bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan pelajar berusia 21 tahun yang belajar di luar negara pula, denda sebanyak RM300 akan dikenakan.
Bagi penggantian pasport kali kedua, denda sebanyak RM700 akan dikenakan manakala bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan pelajar berusia 21 tahun yang belajar di luar negara, denda sebanyak RM600 akan dikenakan.
Jika pemilik kehilangan pasport buat kali ketiga, denda sebanyak RM1,200 akan dikenakan manakala RM1,100 bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan pelajar berusia 21 tahun yang belajar di luar negara.
Bagus juga dengan perintah denda yang diperkenalkan, ia bertujuan untuk memastikan pemilik lebih menjaga dokumen perjalanan dengan baik sekaligus mengelakkan ianya disalah gunakan oleh orang lain yang berniat jahat dan secara tidak langsung dapat menjimatkan wang anda daripada dikenakan penalti.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱
- SUMBER
- BH Online