Bukan mudah untuk mengekalkan harga makanan murah di zaman yang serba mahal ini. Berikutan kos barang yang semakin meningkat, tidak hairan mengapa rata-rata pihak kantin sekolah terpaksa menaikkan harga makanan sekaligus membebankan ibu bapa.

Boleh dikatakan rata-rata makanan yang dijual disekolah tidak kena dengan harganya dan tidak masuk akal. Kuantiti makanan yang kecil, namun harga mencecah RM2.5 hingga RM3.

BACA: Ingatkan Kafe Mewah, Rupanya Kantin Sekolah

Bagaimanapun, perkongsian di Facebook oleh seorang tukang masak mengenai menu yang disediakan di kantin sekolah agama di Kedah ini menjadi perhatian netizen. Mana tidaknya, setiap hari menu yang disediakan berubah-ubah dan harga untuk sepinggan makanan hanya RM2. Manakala harga untuk secawan air 50sen sahaja.

Melihat pada gambar yang dikongsikan, nasi yang disediakan sememangnya ‘tidak kedekut’, malah harganya murah dan mampu dibeli oleh murid.

Kata netizen, mereka tidak kisah jika menjual makanan dengan harga yang mahal tetapi biarlah berbaloi dengan harganya. Kata netizen lagi, disebabkan harga makanan terlalu mahal, anak-anak mereka asyik membeli makanan ringan yang tidak mengenyangkan seperti nugget, sosej dan sebagainya.

Dalam pada itu, ramai netizen turut mendoakan semoga pengusaha kantin tersebut dimurahkan rezeki dan diharapkan perkongsian ini boleh dijadikan contoh buat pihak kantin lain.

ARTIKEL BERKAITAN:
Indonesia Tegur Bendera Mereka Silap Cetak
Kedai Makcik Seringgit Jadi ‘Port’ Makan Pelajar

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nikmatnya Nasi Lemak Lobster Di Bumi Singapura