12 Makanan Ini Tidak Boleh Dijual Di Kantin Sekolah
Di sekolah, kantin merupakan tempat yang akan dikunjungi setiap kali waktu rehat. Memang tak sabar menunggu waktu rehat dan menikmati makanan sedap-sedap yang dijual di kantin.
Pasti ramai ibu bapa di luar sana akan bertanyakan kepada anak-anak makanan apa yang dibeli di kantin sekolah setiap hari. Ada kalanya makanan yang dibeli oleh anak-anak dianggap mengarut oleh ibu bapa kerana ianya tidak mengenyangkan serta tidak berkhasiat.
Tetapi ramai yang tidak tahua bahawa makanan-makana ini sebenarnya dilarang untuk dijual di sekolah.
BACA: Kantin Sekolah Macam Restoran Mewah, Set Nasi Hanya RM2!
Untuk pengetahuan anda, makanan yang dilaran ini telah di masukkan ke dalam Garis Panduan Kantin Sekolah Sihat yang telah dipersetujui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) & Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
1. Makanan yang diproses
2. Gula-gula & coklat
3. Makanan & minuman yang melebihi tarikh luput
4. Makanan berupa permainan atau dijual bersama permainan
5. Makanan yang telah dijeruk
6. Makanan ringan
7. Produk mi segera
8. Makanan yang berkrim atau bersalut gula
9. Produk konfesi ais & ais krim
10. Minuman yang dibancuh menggunakan kordial, krimer/ 3 dalam 1
11. Teh & Kopi
12. Minuman tenaga
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- Facebook Cikgu Share