Di Itali Harga Rumah Hanya RM4.30 Sahaja!
Kalau di Malaysia untuk memiliki rumah sendiri memerlukan berpuluh hingga ratusan ribu ringgit. Di Itali anda hanya memerlukan RM4.30 sahaja untuk membeli rumah. Biar betul?
Memang betul! Dalam usaha memulihkan komuniti yang semakin berkurangan, puluhan rumah di pulau Sicily di selatan Itali dijual dengan harga murah yang bermula dari RM4.30 (EUR0.90) sahaja.
BACA: Harga Rumah Bagi Projek Baharu Turun 10 Peratus
Bukan saja murah, malah rumah tersebut mempunyai pemandangan cukup indah menghadap Laut Mediterranean.
Rumah di kawasan itu dijual dalam pada harga rendah dalam usaha memulihkan komuniti dimana untuk menambah semula jumlah penduduk. Kawasan tersebut mengalami pengurangan penduduk sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana penghuninya berhijrah ke bandar besar.
Menurut Timbalan Datuk Bandar dan anggota majlis pelancongan Sambuca, Giuseppe Cacioppo, harga yang ditawarkan tidak sama dengan bandar lain yang mempunyai propaganda lain.
Katanya lagi, tiada orang tengah yang akan menguruskan urusan jual beli dan jika anda mahukan rumah tersebut, anda akan dapatkannya dengan kadar segera.
Bagi pemilik baru, mestilah bersedia membayar deposit keselamatan RM23,450 (EUR5,000) dan deposit tersebut akan akan dikembalikan selepas baik pulih selesai.
Pembeli juga perlu membaik pulih rumah pilihan yang mengalami runtuhan kira-kira 40 hingga 150 meter persegi dalam tempoh tiga tahun dengan kos bermula dari RM70,349 (EUR15,000).
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱
- SUMBER
- Harian Metro