Ugut Tumbuk Ibu Hanya Kerana Mi Segera
Gara-gara tidak dapat makan mi segera, seorang anak sanggup mengugut mahu mencederakan ibu kandungnya sendiri.
Dalam kejadian pada 21 Januari di rumah mereka di Kampung Tok Adis, Kuala Terengganu, tertuduh Mohd Shaiful Hazran Razali, yang baru bangun tidur meminta ibunya, Faridah Ngah, 58 yang ketika itu sedang berehat memasakkan mi segera untuknya.
BACA: “Doktor Tak Bagi Makan Banyak Mi Segera Bukan Sebab Lilin”
Bagaimanapun, ibunya memaklumkan bekalan makanan segera sudah habis menyebabkan tertuduh tiba-tiba naik angin sebelum terjadi pertengkaran mulut antara mereka.
Tertuduh yang tidak dapat mengawal kemarahannya mengugut mahu mencederakan ibunya dengan menumbuknya. Ibunya yang ketakutan membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan dirinya.
Anak lelakinya itu menerima balasan apabila dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini selepas mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Roti Bakar Wajib Terjah Kalau Datang Pulau Pinang! 😱😱😱
- SUMBER
- Harian Metro