Bedal Lebih 10 Cawan Kopi Sehari, Patah Tulang Rusuk
Siapa yang suka sangat minum kopi, kalau boleh minum biarlah berpada-pada dan jangan sampai berlebihan bimbang ia boleh mendatangkan kemudaratan.
Itu yang berlaku kepada seorang wanita di daerah Wuhan, China, dimana dia mengalami kerapuhan tulang akibat tabiat minum kopi berlebihan.
BACA: Lembu Minum Kopi, Makan Roti Canai Jadi Perhatian
Menurut laporan, wanita tersebut Han Xiao, 30 tahun, mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan di hospital selepas dia diserang batuk sehingga menyebabkan sakit dada.
Namun, hasil pemeriksaan sangat mengejutkan apabila doktor mendapati punca sakit dada yang dialami oleh wanita itu adalah disebabkan tulang rusuk ketiga, keempat dan kelima patah kerana batuk.
Puncanya sangat mengejutkan dimana wanita itu mengatakan dia sering minum kopi lebih dari 10 cawan sehari semalam lebih tujuh tahun.
Menurut doktor yang merawatnya, kafien, garam, alkohol dan minuman berkarbonat boleh mempercepat usia tulang dan juga punca kepada penyakit osteoporosis atau tulang rapuh.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- MHETV