“Gas Cyanide Bukan Biasa-Biasa, Digunakan Ketika Perang Dunia”
Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor. Susulan insiden pencemaran itu, ramai yang menjadi mangsa akibat terhidu gas beracun sehingga mengalami sesak nafas.
Kes pencemaran bahan kimia Pasir Gudang semakin membimbangkan, dimana setakat ini jumlah mangsa meningkat sehingga 506 orang. Sejak semalam, 111 buah sekolah di daerah Pasir Gudang telah diarah ditutup serta-merta.
BACA: Ini Sebab Laksa Johor Senang Dapat Di Melbourne
Susulan insiden tersebut, seorang pengguna Facebook ini menggesa penduduk sekitar berpindah keluar dari kawasan bencana buat sementara waktu untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
Dalam pada itu, individu tersebut turut berkongsikan infomasi mengenai pencemaran kimia yang melibatkan Gas Cyanide itu. Menurutnya, gas Cyanide pernah digunakan sebagai senjata kimia ketika Perang Dunia I dan II.
Penceraran gas Cyanide bukan biasa-biasa
Malam tadi adalah waktu untuk aku sekeluarga bergegas keluar dari daerah Pasir Gudang ini. Harus pantas.
Seriuslah kes ini. Pencemaran kimia yang melibatkan gas Cyanide bukan biasa biasa boss!
Dahulu ketika Perang Dunia I, gas Cyanide digunakan sebagai senjata kimia bermula dari tahun 1916 sehingga 1918.
Kemudian pada Perang Dunia II, pihak Nazi Jerman gunakan gas ini untuk buat pembunuhan manusia beramai ramai (genocide) yang dipanggil Final Solution.
Para pegawai atasan dan pengintip mereka pun dibekalkan dengan tiub kaca berbentuk pil mengandungi cecair Cyanide yang mesti digunakan bila mereka ditawan oleh pihak musuh.
Masukkan dalam mulut dan gigit untuk patahkan tiub kaca itu. Mati terus serta merta. Terkilan pihak Tentera Berikat (baca: musuh) nak korek rahsia daripada mereka. Haa macam itulah.
Halang oksigen dalam badan, penyebab utama kanser paru-paru
Bagi aku yang pernah study Kejuruteraan Kimia dulu, perkataan “Acrylonitrile” bukanlah pertama kali aku dengar. Projek final year kami pun ada yang buat plant (kilang) bahan kimia ini.
Sisa buangan daripada penghasilan Acrylonitrile inilah datangnya si Cyanide tu.
Kalau hangpa nak tahu inilah komponen utama dalam bahan kimia yang dibuang dalam Sungai Kim Kim, Pasir Gudang. Gila betul kan siapa yang buang ini?
Nak bagitau sifat gas Cyanide ini pula, ia akan menghalang sel darah membawa oksigen dalam badan. Tambahan pula ia lebih ringan daripada udara maka sangat cepat menyebar.
Kesan dari terhidu gas kimia ini bukan sahaja akan nampak dalam masa sekarang, malah dalam tempoh 2 hingga 5 tahun akan datang weihhh. Ia boleh jadi penyebab utama kepada kanser paru-paru (lung cancer).
Rayu keluar dari kawasan bencana sementara waktu
Sahabat warga Pasir Gudang, aku rayu kalian keluarlah dari kawasan bencana ini. Pergi ke daerah lain yang lebih selamat. Buat sementara waktu sahaja.
Ini bukanlah kes biasa seperti banjir kerana ia adalah melibatkan udara yang pasti kita sedut untuk bernafas dan kita tak nampak dan bau gas ini.
Senang nak bagi faham macam ini:
Kalian anggaplah macam sebiji bom nuklear dah meletup kat Pasir Gudang, dah tu nak tunggu apa lagi?
Semoga Allah lindungi kita semua dari bencana ini. Sebarkan agar semua ambil tindakan segera demi keselamatan bersama.
Zulkhairie Khodir,
Warga cakna dan #prayforpasirgudang.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Macam Lemang Tapi Sebenarnya….
- SUMBER
- Facebook Zulkhairie Khodir