Setiap kali ke Cameron Highland rasanya tak lengkap kalau tak pekena nasi lemak strawberi. Memang sedap dengan sambal rasa masam manis, kalau boleh setiap minggu nak kesana.

Tetapi selepas ini anda tak perlu ke sana lagi jika teringin nak makan nasi lemak sambal strawberi. Anda boleh buat sendiri di rumah sahaja. Dikongsikan oleh Fara Amirullah, resepi ini antara yang paling sedap yang pernah dia cuba.

BACA: Ahmad Maslan Kembali Dengan Resepi Baru, ‘Nasi Goreng Strawberi’

Cara buat sambal strawberi

1. Bahan utama sudah tentu buah strawberi. Blend halus and tapis, save aside hampas strawberry dengan air dia.

2. Bahan sambal

– 4 biji bawang merah
– 3 ulas bawang putih
– sedikit ikan bilis

3. Blendkan bahan-bahan di atas tadi dan tumis sampai naik bau

4. Masukkan sebiji bawang holland yang sudah dihiris

5. Bila semua bahan tumis dah betul-betul masak masukkan cili kering yang dah diblend halus

 

*cili tu ikut tahap kepedasan nak berapa banyak, saya guna 20 biji cili kering

6. Tumis sampai pecah minyak dan masukkan gula merah, letak lebih pin tak apa sebab selalunya sambal nasi lemak manis

7. Perasakan dengan garam secukupnya & juga stock ikan bilis

8. Akhir sekali masukkan hampas strawberi yang sudah ditapis tadi sebagai pengganti asam keping, sambal siap!


*Tambahan, anda boleh masukkan sebiji-sebiji strawberi kalau suka
*masak sambal perlu hati-hati, api jangan besar nanti sambal hangit dan hilangkan rasa sedap sambal tu.

Cara masak nasi lemak strawberi

1. Untuk nasi lemak strawberi pula, dah basuh bersih beras masukkan air strawberi yang di blend tadi.

2. Masukkan santan, bawang merah (hiris), daun pandan (simpul) dan sedikit garam.

Sukatan air guna sukatan sama macam masak nasi biasa, biar mentah sikit nanti boleh kukus semula nasi. Nak kukus lapik dengan daun pisang ya ampunn jadi wangi nasi lemak.

3. Siap!

Hujung minggu ini bolehla cuba resepi ini untuk seisi keluarga memandangkan anak-anak dah mula cuti sekolah. Lepas ni tak payah susah-susah nak pergi Cameron semata-mata nak makan nasi lemak strawberi, masak sendiri lebih puas hati. Selamat Mencuba!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥