Masak Sup Tak Sedap, Suami Rantai Isteri Macam Anjing
Hanya kerana sup yang dimasak oleh isterinya tidak sedap, seorang suami tergamak merantai wanita tersebut seperti anjing dan dibiarkan tanpa kelaparan tanpa makanan dan minuman selama tiga hari.
Memetik laporan Mirror, lelaki berusia 40 tahun bernama Alexander itu berkata dia bertindak sedemikin kerana mahu memberi pengajaran kepada isterinya, Angela. Lebih memilukan, isterinya itu juga tidak dibenarkan untuk ke tandas.
BACA: Dihina Tak Pandai Masak, Wanita Bunuh Ahli Keluarga
Dalam kejadian yang berlaku pada Disember 2017 itu, pasangan itu dikatakan bertengkar dirumah kerana hidangan sup yang dimasak isterinya itu agak masam. Berang dengan rasa sup tersebut, suaminya bertindak memukul dan merantai isterinya di rumah mereka di Novokamenka.
WAnita itu ditemui oleh saudara maranya yang datang ke rumahnya dalam keadaan pucat dan ketakutan. Saudaranya bertindak menghubungi pihak polis dan ambulans. Bagaimanapun ketika itu, suaminya sudah melarikan diri.
Namun, beberapa jam kemudian, pihak polis berjaya memberkas suaminya yang bersembunyi di dalam sebuah garaj tidak jauh dari rumah mereka.
Dalam pada itu, Angela memberitahu suaminya sengaja mencari alasan tentang sup yang dimasaknya itu berikutan dia tidak lagi memberikan wang kepada lelaki tersebut.
Hasil siasatan, Alexander mengakui merancang untuk melakukan perbuatan tersebut terhadap isterinya selama sembilan hari. Akibat perbuatannya itu, dia dihukum penjara selama tiga tahun.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- Mirror