Perokok Ada Tempoh 6 Bulan Lagi, Tahun Depan Baru Saman
Umum mengetahui larangan merokok di kedai makan atau restoran itu sudah dilaksanakan pada Januari lalu. Nampaknya, tempoh enam bulan bagi penguatkuasaan pendidikan di kedai makan dan restoran bakal berakhir Julai ini.
Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan melanjutkan tempoh amaran larangan merokok selama enam bulan lagi hingga Disember 2019.
BACA: Saman Akan Dikeluarkan Buat Perokok Degil Mulai Ogos Ini
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, tempoh tersebut dilanjutkan bagi membolehkan kerajaan meningkatkan usaha membantu orang ramai berhenti merokok. Dalam pada itu, ia bertujuan memberi kesedaran mengenai bahaya kesan merokok.
Katanya lagi, penguatkuasaan pendidikan yang dijalankan sebelum ini memberikan kesan sangat positif. Malah tinjauan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia mendapati sebahagian besar masyarakat sudah tidak lagi merokok di kawasan larangan.
Namun ada lagi perokok yang masih berdegil merokok di tempat makan yang diwartakan sebagai kawasan larangan.
Nampaknya, masih ada tempoh enam bulan sahaja lagi dan ini bermakna mulai 1 Januari 2020 saman akan dikeluarkan buat perokok degil.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- BH Online