Bayangkan jika kita dapat melepak kedai kopi yang jauh dari bandar dan hirup kopi dalam keadaan tenang, bunyi burung berkicauan dan dapat berborak tanpa ada gangguan bunyi bising. Memang indah bukan? Berlatar belakangkan suasana dingin batu kapur, sebuah kedai kopi di Perak pasti membuatkan anda ingin datang ke kedai ini pada setiap hari.

BACA: Starbucks Perkenal Kopi Latte Perisa Kunyit

Sumber dari mstar.com.my

Berbeza dengan kopitiam atau kedai kopi lain, Dulang Tea House di taman tema Lost World of Tambun, Perak ini mengambil inisiatif unik dengan membuka kedai kopi di dalam gua kapur.

Sumber dari mstar.com.my

Malah, dekorasi kedai kopi ini juga menggamit memori lama kerana ia sangat nostalgia dengan peralatan seperti televisyen hitam putih dan peralatan pinggan mangkuk yang antik.

Sumber dari mstar.com.my

Anda boleh mencuba hidangan istimewa yang berada di sini seperti roti tumbuk, roti mayat serta air beras perang. Roti tumbuk adalah campuran biskut lutut bersama roti mayat yang ditumbuk dan digaul dengan kelapa parut, gula merah dan garam.

Sumber dari tripadvisor.com

Manakala, air beras perang pula diperbuat daripada air beras yang dimasak sehingga naik aroma hangit serta dicampur dengan gula merah dan daun pandan.

Sumber dari mstar.com.my

Tambahan pula, anda boleh mencuba roti bakar arang bersama kari ayam atau roti bakar dengan kaya ‘homemade’ yang ada di sini.

Biasanya, hidangan yang ada di kedai kopi ini merupakan hidangan penduduk setempat dan pendulang bijih timah pada zaman dahulu.

Selain itu, terdapat aktiviti lain yang turut menarik anda boleh cuba seperti aktiviti mendulang bijih timah dan menyaksikan persembahan demonstrasi Tin Story setiap hari pada jam 3.30 petang kecuali hari Selasa.

Anda bukan sahaja dapat menikmati kopi kampung dengan pemandangan yang sejuk mata memandang, namun anda juga boleh meluangkan masa meneroka The Lost World of Tambun bersama keluarga tersayang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ini Sebab Kami Tak Nak Balik Dari Jepun | Japan Day 13