5 Sebab Kenapa Ramai Suka Makan Di Onde-Onde
Bila cakap pasal Restoran Onde-Onde ni memang rasa excited sungguh sebab siapa pernah makan kat mana-mana outlet mereka, mesti ada makanan favourite, kan? Bagi korang yang belum pernah sampai sini, Onde Onde sebenarnya hidangkan menu tradisional yang simple tapi memang puas hati.
Kami sempat ke outlet mereka di Sunway Putra Mall baru-baru ni dan mencuba beberapa hidangan wajib anda cuba kalau anda datang ke sini. Mari kami share 5 sebab kenapa anda boleh jatuh hati kalau makan kat sini.
1. Hanya Bahan Fresh Yang Digunakan
Salah satu perkara penting dalam penyediaan makanan adalah memastikan setiap hidangan adalah datangnya dari bahan yang segar. Contoh macam Fried Assam Laksa (Asam Laksa Goreng) di Onde-Onde ini, bahan yang digunakan pastinya segar lagi-lagi bila bahan utamanya ialah ikan.
Satu pujian untuk chef di sini dengan kewujudan menu asam laksa. Makan pulak dengan hirisan-hirisan nenas, memang kena sangat!
2. Nasi Goreng Kampung Pengikat Hati
Nasi goreng kampung di sini low profile. Nampak macam biasa-biasa saja tapi bila dah masuk mulut, memang terasa pedas kesedapan dari ramuan yang digunakan. Disediakan sekali dengan ayam percik yang kaya dengan rasa lemak dan rempah, memang terbaik.
3. Hainanese Chicken Rice, Ayam Juicy!
Khas buat peminat nasi ayam, Hainanese Chicken Rice di sini adalah salah satu menu wajib cuba. Aroma wangi nasi dan juga ayam yang ‘dimandikan’ khas bersama kuah kicap istimewa memang tiada tandingan. Apa boleh kami katakan, kombinasi nasi ayam di sini memang boleh buat kita datang lagi hanya untuk menikmati nasi ayam di sini.
4. Nyonya Mee Siam Wajib Cuba
Korang tak tau betapa nikmatnya makan Mee Siam ini bersama dengan kari ayam? Siapa belum pernah cuba, Onde Onde adalah tempat terbaik untuk anda rasa sendiri. Mee Siam di sini ada hint rasa tomyam dan digabungkan pula dengan kari ayam.
Dua hidangan ini macam saling memerlukan antara satu sama lain menyebabkan kita yang makan ni terasa kombinasi mee siam dengan kari ayam ini adalah sangat sepadan. Serius, ini pun wajib cuba jika korang datang sini.
5. Tempat Selesa, Dekorasi Menarik
Berada di Sunway Putra Mall, inilah antara lokasi selesa anda boleh berhenti makan selepas setangah hari shopping sakan di sana,kan? Ruang yang luas dan juga dekorasi barangan antik antara penyebab kami suka ke sini.
Selain itu, ada juga kuih muih nyonya kat sini. Nampak Onde-Onde jaga kualiti hidangan mereka sebab rata-rata kuih yang ada di sini, dari segi rasa adalah terbaik. Tak percaya, boleh cuba sendiri.
Bila tengok barang-barang antik, teringat zaman kanak-kanak dulu dan sedar atau tidak, kita dan kawan-kawan akan terbuka cerita lama. Seronok tau berborak tentang masa kecik. Mengimbau nostalgia sungguh makan di sini.
Jadi tunggu apa lagi, jom terjah Onde Onde di Sunway Putra Mall untuk berbuka puasa nanti, lagi ramai lagi meriah!
Restoran Onde Onde
Sunway Putra Mall Outlet
Tingkat 1 (1-31 & 32)
Sunway Putra Mall
No.90-100, Jalan Putra, Chow Kit
Kuala Lumpur
Dibuka Setiap Hari
9.30 Pagi hingga 10 Malam
Tempahan: 03-4051 1862