Ini Lubuk Gulai Rahsia Orang Utara Wajib Cuba, Panas-Panas Belaka!
Nama Pak Jen Gulai Panas Langkawi sebenarnya tak asing lagi daripada hidangan bahagian Utara tanah air iaitu dari Langkawi, Kedah. Baru-baru ini kami sempat mencuba beberapa hidangan Pak Jen di Sunway Putra Mall – daripada makanan yang boleh makan seorang sampailah saiz hidangan yang confirm seronok kalau makan ramai-ramai.
Sebelum itu, kami nak kongsi sikit cerita mengenai Pak Jen. Bagi siapa yang belum pernah dengar tentang Pak Jen, mereka sebenarnya membawa hidangan gulai panas-panas yang sememangnya famous di Kedah. Ramai yang jatuh hati makan kat sini sebab rasa asli lauk pauk mereka dekat dengan selera orang kita.
Selain dari hidangan dari Utara, mereka juga ada pelbagai lagi menu yang mungkin ramai lagi tak tahu. Mari kami kongsikan beberapa hidangan yang kami sempat cuba baru-baru ini.
Lapar Gila Combo
Lapar Gila Combo ini sebenarnya merupakan menu terbaru di Pak Jen. Tengok saiz hidangan pun dah tahu tak boleh habis seorang. Gabungan pelbagai hidangan Western dalam satu talam ini cukup untuk 4 hingga 5 orang makan.
Apa yang istimewanya, perapan untuk hidangan ini disediakan daripada pelbagai rempah. Sos black pepper (lada hitam)
yang mereka sediakan pun memang terangkat habis.
Ikan Bawal Gulai
Ikan Bawal Gulai adalah satu menu wajib yang anda cuba. Di Pak Jen, hanya ikan bawal yang segar saja akan digunakan bagi menjamin kualiti yang terbaik. Ramai suka gulai ini sebab kuahnya yang pekat dan cukup rasa.
Daging Dendeng & Kerabu Kaki Ayam
Hidangan Daging Dendeng di Pak Jen ni memang legend. Siapa pernah makan hidangan yang biasanya disediakan menjelang Aidilfitri ni mesti tahu bukan semua orang mampu buat daging dendeng dengan baik tapi di Pak Jen, daging dendeng dengan resepi rahsianya memang tiada tandingan.
Tidak dilupakan juga hidangan Kerabu Kaki Ayam. Bertuah betul bagi peminat kerabu kaki ayam ni sebab mereka sangat utamakan kebersihan. Silap-silap siapa yang pertama kali cuba kerabu kaki ayam di sini pun boleh jatuh hatilah.
Sago Gula Melaka & Cenang Ais Pak Jen
Tak sah kita makan kalau takde dessert‘kan? Kalau di Pak Jen, jangan lupa cuba Sago Gula Melaka dan juga order sekali Cenang Ais Pak Jen. Memang segar betul bila dapat pekena Cenang Ais Pak Jen, lepas tu ada pulak laici, memang best!
Sago Gula Melaka pulak dihidangkan dalam satu pinggan kecil. Sago Gula Melaka kat sini memang terkenal sebab rasanya yang manis-manis dan berlemak.
Jika anda shopping di Sunway Putra Mall, bolehlah singgah di Restoran Pak Jen ni. Selesa makan kat sini, lagi-lagi pulak hidangan gulai kat sini memang champion, memang puas hati sangat.
Restoran Pak Jen Gulai Panas
Sunway Putra Mall Outlet
Tingkat 4 (Lot 4.83)
Sunway Putra Mall
No.90-100, Jalan Putra, Chow Kit
Kuala Lumpur
Dibuka Setiap Hari
10 Pagi hingga 10 Malam