King’s Potong Perkenal Ais Krim Perisa Onde-Onde
Malaysia sememangnya kaya dengan adat, budaya, agama dan bangsa. Bukan itu saja, Malaysia juga terkenal dengan kepelbagaian makanan. Belum lagi kuih muih tradisional kita yang ada bermacam-macam jenis.
Jika anda penggemar kuih tradisional Onde-Onde, ini mungkin berita baik untuk anda. Pernah tak anda terfikir akan terhasilnya ais krim perisa onde-onde atau kuih gula Melaka.
BACA: Perkenal Aiskrim Perisa Sos Tomato, Netizen Kata Menjijikkan
Nampaknya, selepas memperkenalkan beberapa perisa ais krim yang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia seperti Pulut Hitam, Kacang Merah dan Teh Tarik, King’s Potong perkenalkan ais krim terbaru mereka perisa Onde-Onde.
Sama seperti kuih Onde-Onde, ais krim ini diperbuat daripada kelapa dan pandan serta mengandungi inti perisa gula melaka didalamnya.
Ais krim Onde-Onde ini dijual dengan harga RM2 sebarang dan RM11 bagi sekotak berisi 6 batang ais krim.
Tunggu apa lagi, boleh la dapatkan di pasaraya berdekatan anda sekarang. Sedap juga kalau pekena ais krim onde-onde masa berbuka puasa nanti.
Gambar: @ajwinajeera (Instagram)
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- Foodie