Senangnya Buat Muruku Rangup, Guna Mee Kuning Je!
Tinggal enam hari saja lagi sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri. Ramai yang sedang sibuk dengan persiapan Aidilfitri. Masa ni mak-mak sedang sibuk di dapur untuk membuat kuih raya.
Rasanya setiap kali raya tak lengkap rasanya kalau tak ada kerepek. Tapi bukan senang nak cari kerepek sedap atau yang mengikut citarasa kita. Kalau anda sukakan muruku, apa kata anda buat sahaja sendiri dirumah.
BACA: Kehidupan Pasangan Ini Berubah Selepas Jual Kuih 10 Sen
Dikongsikan oleh Puteri Langit Merah, apa yang menarik tentang muruku ini ianya dibuat dengan menggunakan mee kuning. Tak sangka guna mee kuning pun boleh buat muruku.
Bahan-bahan:
Mee kuning (saya guna mee cap gardenia)
Serbuk kari
Serbuk lada hitam
Garam / Perasa secukup rasa
*mee lain saya tak pasti sebab tak pernah cuba
Cara membuatnya:
1. Ceraikan mee terlebih dahulu dan potong. Tapi jangan potong terlalu pendek. Basuh dan kemudian toskan mee tersebut.
2. Kemudian goreng mee yang dipotong tadi. Pastikan minyak betul-betul panas dan gunakan api sederhana.
3. Goreng sehingga garing. Masa nak angkat, letakkan daun kari sedikit. Kemudian boleh angkat.
4. Biarkan sejat minyak dahulu kemudian gaulkan dengan serbuk kari, serbuk lada hitam dengan garam/perasa secukup rasa. Siap!
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- Facebook Masak Apa Hari Ini