Tak dinafikan, pelbagai restoran hidangan ayam goreng ada di Malaysia buat masa sekarang tapi bagi kami, antara outlet yang sering menjadi pilihan pastinya 4FINGERS. Servis pantas dan tempat yang selesa, dengar cerita sekarang ini mereka ada menu baru.

Buat peminat tegar ayam goreng, ini berita baik buat anda kerana 4FINGERS sekarang tengah buat menu terhad. Dari segi saiz hidangan, tengok pun dah rasa teruja. Mari kami kongsikan apa yang anda dapat dengan menu terbaru ini.

Mutant Meal

Buat korang yang pertama kali nak cuba makan di sini, set Mutant Meal ni adalah pilihan tepat sebab hidangan yang ada dalam set ini dah cukup untuk beri gambaran betapa 4FINGERS pentingkan kualiti dalam menu mereka.

Korang akan dapat sotong goreng, ayam goreng yang digoreng panas-panas, dan juga nasi atau kentang goreng dengan perisa yang cukup enak dan juga 2 air.

Seperti biasa, ayam goreng dalam set ini adalah berperisa Soy Garlic, Hot atau kedua duanya pun boleh.

Jujur kami kata, bila dah cuba set ini, puas hati dan rasa sangat berbaloi.

B.F.F

B.F.F merupakan burger paling laris dan laku keras di 4FINGERS kerana keenakannya. Dihidangkan panas-panas, burger ini sesuai bagi mereka yang nak cuba menu baru atau buat penggila burger.

Chicken Katsu Salad

Berita baik juga untuk mereka yang nak jaga badan. Di 4FINGERS mereka ada sediakan menu Chicken Katsu Salad.

Menu ringkas ini turut sesuai mereka yang tak makan banyak sangat. Tapi alang-alang datang 4FINGERS, lagi berbaloi jika cuba semuanya!

Apa yang pasti, kunjungan kami ke 4FINGERS Sunway Pyramid baru-baru ini memang puas hati. Kalau pertama kali datang dan tak tahu nak order apa – jangan risau sebab mereka akan bantu dan terangkan kepada korang hidangan terbaik untuk korang cuba.

*Tahukah anda, setiap hidangan di 4FINGERS adalah disediakan berdasarkan order korang. Jadi semua hidangan adalah disediakan panas-panas, barulah syok!

Kalau korang nak tengok dengan lebih lanjut kami makan 4FINGERS, jom layan video pendek ini!