WhatsApp Sebenarnya Baik Untuk Kesihatan – Pakar
Mungkin ramai di antara anda beranggapan bahawa WhatsApp dan aplikasi media sosial yang lain tidak baik untuk kehidupan seharian dan ianya boleh membuatkan anda taksub.
Bagaimanapun, kajian terbaru oleh penyelidik di Edge Hill University mendapati menghabiskan masa berikteraksi dengan rakan dan keluarga di WhatsApp baik untuk kesejahteraan psikologi seseorang.
BACA: WhatsApp Sekat Talian Hotline Lapor Perokok Di Tempat Awam
Mereka yang menghabiskan lebih banyak masa dalam aplikasi sosial popular itu mempunyai tahap keyakinan diri lebih tinggi dan tidak kesunyian.
“Terdapat banyak perdebatan mengatakan menghabiskan masa di media sosial tidak baik untuk kehidupan seseorang, tetapi kami mendapati ia tidak begitu buruk seperti yang kami fikirkan,” kata Dr Linda Kaye, pensyarah kanan psikologi di Edge Hill University.
“Lebih banyak masa dihabiskan di WhatsApp, anda akan lebih dekat dan rapat rakan dan keluarga. Hubungan anda akan menjadi lebih berkualiti.
Facebook buatkan anda rasa iri hati & cemburu
Kajian terdahulu mendapati media sosial boleh memudaratkan kesihatan mental seseorang, terutama aplikasi seperti Facebook, Instagram dan Snapchat.
Satu kajian pada tahun 2016 oleh University of Copenhagen mendapati penggunaan Facebook membuatkan seseorang mempunyai sifat iri hati dan cemburu terhadap kehidupan orang lain dengan melihat perkongsian mereka.
Bagaimanapun, satu kajian berasingan oleh para penyelidik di University of Pensylvania pada tahun 2018, mendapati mereka yang kurang menggunakan media sosial dapat mengurangkan kemurungan dan kesepian.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi
- SUMBER
- Independant