Nama Restoran Mohd Chan sebenarnya tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ia sememangnya sentiasa menjadi ingatan dan pilihan buat mereka yang ingin mencuba pelbagai masakan Cina.

Peka dengan kehendak masyarakat kita terutamanya yang beragama Islam, pilihan menu di Mohd Chan memang boleh buat anda berulang kali menikmati hidangan di sini. Kami pun baru-baru ini sempat mencuba beberapa hidangan di Restoran Mohd Chan Dim Sum yang terletak di Sunway Geo, Petaling Jaya.

Setelah kami cuba hidangan di sini, barulah kami faham kenapa jenama Mohd Chan semakin kukuh malah turut membawakan menu baru demi menghidangkan pelanggan mereka dengan pelbagai pilihan yang ada.

Bersih

Bersihnya! Inilah perkara pertama yang terkeluar dari mulut kami sebaik melangkah ke dalam restoran ini. Bila dah bersih, memang terasa yakin nak ajak lagi ramai kawan-kawan atau saudara mara makan di sini. Ruang di sini juga cukup selesa.

Halal

Jenama Mohd Chan dan Halal memang tidak dapat dipisahkan lagi. Kami jamin bagi anda yang selalu makan di Mohd Chan, ia pastinya menjadi pilihan utama keluarga untuk menjamu selera bersama.

Lebih menarik lagi, melalui ramuan Halal, rasa asli bagi setiap hidangan tetap sama sekaligus membuatkan ramai pelanggannya berpuas hati dengan apa yang mereka hidangkan.

Enak

So bahan yang digunakan pun halal, apa nak dirisaukan lagi,kan? Nah kami share few menu yang sempat kami try di sini. Just nak bagitau, dim sum kat sini memang terbaik, memang puas hati makan!

Seafood Bonanza

Haaa, ini menu paling syok kalau makan ramai-ramai bersama keluarga atau kawan-kawan. Macam-macam bahan seafood ada dan yang paling best sekali sebab kuahnya gunakan resepi Kapitan. Setiap kali hirup tu memang terasa masam manis lemak. Hirup pulak panas-panas masa tengah lapar, memang terbaik!

Dim Sum

Buat peminat dim sum, tak perlu cari tempat lain lagi dah sebab Mohd Chan dah hidangkan dim sum yang terbaik. Macam-macam pilihan dim sum ada (lebih 30 pilihan) dan kita boleh pilih nak yang stim atau pun yang goreng.

Cendawan Enoki Goreng

Menu ini memang nampak simple tapi bila makan, fuh memang terasa rangup tak ingat dunia. Antara menu wajib cuba bagi anda yang pertama kali datang ke sini.

Cendawan Enoki digoreng secara deep fried dengan suhu yang terjaga balutan tepung yang menyeluruh juga membuatkan cendawan enoki goreng ini jadi rebutan. Rangup dalam setiap suapan.

Shanghai Dumpling dan Ayam Stim

Bukan senang nak cari dumpling yang kena dengan selera tapi Shanghai Dumpling di Mohd Chan ini memang lain macam. Isi yang penuh dan dihidangkan panas-panas, inilah punca kenapa menu ini menjadi pilihan utama pelanggan tetap di sini.
Tak cukup dengan dumpling, ayam stim pun ada. Senang cerita, macam-macam ada.

Golden Salted Egg Bao

Menu berasaskan telur masin (salted egg) sekarang memang jadi pilihan. Tapi bukan mudah untuk pastikan menu yang dibuat tidak hanyir dan juga tidak muak apabila dimakan.

Berbeza dengan Mohd Chan, Golden Salted Egg Bao di sini memang enak. Rasa manis manis masin dan berlemak yang anda makan dari pau ini adalah hasil tangan chef yang cukup berpengalaman. Tak cepat muak dan sangat sesuai bagi penggemar hidangan berasakan telur masin!

Bagi anda yang nak cuba pelbagai pilihan dim sum di sini, kami share sekali alamat dan juga video pendek untuk anda tengok sendiri hidangan yang kami sempat cuba.

A-01-01, Sunway Geo Avenue,
Jalan Lagoon Selatan,Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya, Selangor
+603-5612 9939
+6017-374 1046