Sejak Sukan SEA ke-29 bermula, Malaysia telah mendahului dengan mengutip 12 pingat emas setakat ini dan semalam ramai telah menyaksikan upacara pembukaan rasmi Sukan SEA 2017 bermandikan cahaya di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Orang ramai mengambil peluang untuk ke stadium dan mahu melihat pembukaan rasmi yang dikatakan paling cantik oleh kebanyakan yang melihatnya.

BACA: 5 Fakta Gadis Tinggi Pemain Bola Jaring Negara

Sumber dari astroawani.com

Secara keseluruhannya, tema upacara pembukaan Sukan SEA kali ini mengetengahkan keunikan kepelbagaian budaya dan bangsa yang ada di Malaysia dan menggabungkan elemen teknologi pencahayaan diod pemancar cahaya (LED) yang menjadi tarikan utama dalam upacara rasmi tersebut.

Sumber dari twitter.com

Selain itu, pembukaan rasmi semalam dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad Ke-V.

Sumber dari bharian.com.my

Selepas pembacaan ikrar disempurnakan, maskot rasmi Sukan SEA 2017 iaitu Rimau dibawa masuk sebelum perarakan atlet dan pegawai negara bermula.

Sumber dari astroawani.com

Untuk pengetahuan anda, jumlah penonton yang datang ke Stadium Nasional Bukit Jalil semalam mencecah 80,000 penonton.

Sumber dari astroawani.com

Acara kemuncak yang dinanti-nantikan pada malam itu ialah nyalaan obor yang dilakukan oleh penerjun muda negara, Nur Dhabitah Sabri.

Sumber dari twitter.com

Sukan SEA ke-29 ini berlangsung sehingga 30 Ogos ini yang menghimpunkan 4,900 atlet dari 11 negara dan kemudian bendera Sukan SEA akan diserahkan kepada negara tuan rumah berikutnya, Filipina semasa upacara penutup nanti.

Sumber dari twitter.com

Upacara pembukaan sukan ini mendapat pujian dari pelbagai pihak atas usaha dan kecanggihan sistem yang digunakan sehingga membuat penonton terpukau dengan persembahan yang dilakukan.

Sumber dari astroawani.com

Bahkan, ada yang menyifatkan ia sebagai upacara bertaraf antarabangsa ekoran pelbagai teknologi canggih digunakan.

Sumber dari twitter.com

Kami sebagai rakyat Malaysia turut berbangga dengan persiapan yang dilakukan oleh pihak berkenaan untuk upacara perasmian Sukan SEA pada tahun ini kerana ia berada di luar jangkaan dan Stadium Nasional Bukit Jalil kelihatan cantik sekali ‘disimbah’ cahaya berwarna-warni pada malam tadi.

Sumber dari twitter.com

Kali ini rakyat Malaysia begitu bersemangat dan yakin negara kita mampu mengumpul banyak pingat emas kerana kelebihan sebagai tuan rumah dan semangat bermain di tempat sendiri.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Rambang Mata Tengok Sushi! (Kyoto)