Patutlah Ramai Yang Ketagih Dengan Minuman Bubble Tea
Boleh dikatakan minuman bubble tea kini menjadi kegilaan ramai. Lebih mengejutkan ianya mencetuskan fenomena di Malaysia sehinggakan ramai yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan minuman kegemaran mereka itu.
Namun, pasti ramai tahu bahawa minuman bubble tea bukanlah minuman sihat dan boleh menyebabkan ketagihan. Pasti anda tertanya-tanya apa yang membuatkan anda ketagih dengan minuman tersebut.
BACA: Peminat Bubble Tea Ada Masalah Keyakinan Diri – Pakar
Facebook Public Health Malaysia baru-baru ini berkongsikan apa yang menyebabkan ramai yang ketagih dengan minuman popular itu.
Jika anda benar benar mengidam untuk merasa minuman ini, tekadkan iltizam, teguhkan iman kerana sekali sedutan mungkin…
Posted by Public Health Malaysia on Khamis, 18 Julai 2019
Ketagihan terjadi disebabkan pelanggan diajar untuk menyedut minuman tersebut dari dasar dimana bahagian paling bawah sekali adalah lapisan paling tinggi gula.
Sedutan pertama bubble tea akan menyebaban dopamine di otak naik secara mendadak, memberikan satu rasa kenikmatan dan keseronokan.
Public Health juga turut mengatakan tidak hairan jika ramai yang sanggup beratur untuk membeli minuman tersebut walaupun harganya 5 kali ganda daripada harga seliter petrol.
Dalam pada itu, Public Health turut menggesa orang ramai agar mengurangkan pengambilan minuman tersebut kerana ianya boleh menyebabkan diabetes.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- Public Health Malaysia