Layan Isteri Bercakap Boleh Buat Otak Bergeliga!
Bagi mereka yang sudah berkahwin, sudah tentu si isteri yang paling banyak bercakap. Ada sahaja benda yang nak dibicarakan sehinggakan ada suami tidak tahan atau malas untuk melayan.
Namun kajian ini bakal mengubah para suami di luar sana untuk lebih ‘senang’ mendengar isteri berceloteh dan lebih menghargai isteri yang ‘banyak mulut’
BACA: Duduk Di Hutan Sebab Tak Tahan Isteri Bebel
Menurut kajian, semakin kerap dengar isteri bercakap, semakin bergeliga otak anda dan mudah untuk mendapat ilham.
Wanita bercakap 20 ribu patah perkataan sehari
Kajian oleh Profesor Madya Dr. Sabitha Marican dari UUM mendapati wanita bercakap sekurangnya 20 ribu patah perkataan sehari berbanding lelaki 7 ribu sahaja. 3 kali ganda lebih banyak!
Menurut perkongsian oleh Mohd Fhais, apabila kita layan isteri bercakap kebarangkalian otak kita jadi lebih bijak 3 kali ganda lebih tinggi daripada berborak dengan kawan lelaki.
Bayangkan jika berborak dengan lelaki, otak kita hanya akan memproses maklumat sebanyak 7 ribu patah perkataan sahaja.
Berbanding borak dengan wanita otak kita di paksa untuk proses 20 ribu maklumat sekaligus. Lebih banyak memproses akan membuatkan otak jadi lebih cepat berfikir.
Jadi tidak hairanlah jika isteri kita dalam kereta bercakap, basuh pinggan bercakap, lipat baju bercakap, malah tengah makan pun dia boleh bercakap kerana mereka ada quota yang perlu dipenuhi.
Lepas ni kalau nampak isteri berceloteh jangan marah, pasang telinga betul-betul sebab mungkin idea jutaan ringgit boleh datang.
ARTIKEL BERKAITAN:
Kisah Kek Kotak Rokok & Kubur Untuk Suami
Suami Isteri Hampir Bercerai Kerana Mengigau
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Puas Hati Pekena Lauk Dari Utara Kat Sini!
- SUMBER
- Facebook Mohd Fhais